
Bayangkan awal tahun baru 2026 akan diraikan dengan penuh gembira. Akhirnya rezeki dapat juga memiliki dan tinggal di rumah sendiri. Berpindah masuk ke rumah baru yang cantik, dihias dekorasi indah lengkap berperabot, sekaligus memenuhi citarasa dan rumah yang diimpikan selama ini.
Walaupun mungkin hanya membeli kediaman jenis rumah teres sederhana dengan keluasan sekitar 1,200 – 1,800 kaki persegi, namun dengan perancangan dan susun atur yang tepat, ruang kediaman mampu tampil eksklusif, praktikal, selesa dan penuh gaya. Sudah cukup sempurna untuk memulakan kehidupan baharu bersama keluarga tercinta. Konsep rumah idaman yang dahulunya hanya impian, kini menjadi sebuah realiti.
Tapi nanti dulu! Memang tak salah memasang impian dan angan-angan.
Bukan apa, kebiasaannya menjelang hujung tahun, ramai pemilik kediaman mendapat kunci rumah baru. Namun masalah yang sering dihadapi apabila kunci dah ada di tangan, biasanya bermulalah pula episod ‘pening kepala’ dilema nak pilih konsep rekaan macam mana, ubahsuai dan renovasi siapa nak uruskan, kontraktor pula boleh dipercayai ke, malah lebih risau bila ada kos yang tersembunyi rupanya.
Bukan ke lebih mudah apabila urusan renovasi, dekorasi dan ubahsuai ini tak perlu pening kepala nak uruskan sendiri, tinggal masuk rumah dan cuci kaki sahaja. Dengan bajet yang ada, segalanya hanya perlu serahkan pada mereka yang pakar dan berpengalaman. Tau-tau dah siap cantik! Bahagianya rasa hati.
Pakej ini memang mudah dan menarik kerana pemilik kediaman tak perlu lagi pening kepala nak fikirkan mengenai konsep rekaan dekorasi, renovasi, nak beli perkakasan mahupun perabot sendiri, nak pantau kerja kontraktor atau takut bajet ‘lari’.
Berita baik buat pemilik kediaman yang telah mendapat kunci rumah dan berhasrat untuk berpindah masuk ke rumah baru pada awal tahun baru 2026, kini tak perlu lagi bimbang lagi. Firma Rekaan Hiasan Dalaman yang dipercayai ramai, ADS Group Design menawarkan pakej rumah lengkap mampu milik menarik iaitu “Masuk Rumah Cuci Kaki”.
Semuanya ini diuruskan A to Z secara menyeluruh dan lengkap ‘all in one’ oleh pihak ADS sendiri, supaya pemilik rumah boleh ‘enjoy move-in experience’ tanpa runsing atau rasa stress. Malah cuma tunggu tarikh serah kunci rumah yang dah siap cantik.
Memang bahagia kan bila boleh fokus dalam kehidupan sendiri tapi rumah impian tetap siap dekor cantik, hanya tinggal bawa barang peribadi sahaja. Memang “Masuk Rumah Cuci Kaki”!
1. Harga Jelas (Transparent Pricing)– Harga yang diberikan adalah jelas dan tidak ada caj mahupun kos yang tersembunyi.
2. Pakej Ikut Kesesuaian (Customizable Package) – Mempunyai pelbagai pilihan konsep dekorasi seperti Moden Kontemporari, Farmhouse, Luxury, Tropical Chic dan sebagainya mengikut kesesuaian gaya hidup & citarasa pemilik kediaman.
3. Sedia Pindah (Move-in Ready) – Tak perlu pening kepala, pakej disediakan ‘all in one’ tinggal pindah masuk sahaja dan bawa barangan peribadi.
4. Rekod Prestasi Kukuh – Paling penting ADS Group Design mempunyai rekod prestasi yang baik dan berjaya menyiapkan lebih 300 projek sekitar Lembah Klang serta amat dipercayai oleh pemaju & korporat seperti PKNS.
Setiap pemilik kediaman berhak untuk ada rumah yang bukan saja cantik, tapi juga tenang untuk didiami. Buat anda yang baru sahaja menerima kunci rumah, jangan tunggu lagi inilah masanya untuk rancang awal supaya rumah dapat siap sebelum masuk tahun baru 2026. Jangan pening kepala dan biar rumah kosong tanpa arah, sedangkan solusi dah ada depan mata.
Sila layari www.masukrumahcucikaki.com untuk lihat konsep, pakej dan ‘booking’ untuk khidmat rundingan sekarang.