Step-by-Step Pasang Rumput Tiruan Di Balkoni. Dari Hambar Terus Jadi Menarik!

Share

Ruang balkoni di kediaman sering kali dilupakan dan tidak menjadi keutamaan ketika proses mendeko. Tapi sedarkah anda, sebenarnya, balkoni mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi ruang kegemaran buat keluarga berehat dan santai bersama.

Jika anda tiada idea, mulakan dengan memasang rumput tiruan pada balkoni bagi menaikkan serinya.Kemudian boleh la mula menghias!

Antara kelebihan penggunaan rumput tiruan termasuklah :

    • Ia lebih mudah untuk diselengarakan.
    • Sesuai untuk ruang laman yang kurang pendedahan cahaya matahari.
    • Ianya lebih menjimatkan.
    • Rumput tiruan tahan lebih lama mengikut kualiti dan jenis material.
    • Sentiasa cantik, tidak kotor dan selesa untuk dipijak.

Cara pemasangan rumput tiruan di ruang balkoni

1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.


2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alih dan kosongkan kesemua perabot yang terdapat pada ruangan tersebut.


3. Ukur ruang balkoni anda dengan pita pengukur supaya ukuran yang dibuat lebih tepat. Selain itu, pastikan lantai anda sama rata.


4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Dan potong lebihan rumput tiruan. Sangat mudah anda hanya perlu memotongnya menggunakan pisau pemotong.


5. Setelah mendapat bentangan yang tepat, gunakan gam dunlop untuk melekatkan rumput tiruan pada lantai. Tuang gam dan ratakan gam pada keseluruh ruang lantai. Kemudian hamparkan rumput tiruan tadi.


6. Untuk mencantikkan lagi ruang balkoni anda, letakkan batu perhiasan seperti batu sungai pada sepanjang sudut tepi balkoni.

TA-DAA dah siap . Mudah dan hasilnya pun sangat memuaskan! Selamat mencuba semua.

IKLAN