Serlah Personaliti Anda Pada Hiasan Meja Kopi

Share

 

Meja kopi kita mungkin boleh bernilai dari RM100 ke RM1000. Namun apalah etinya nilai sebuah meja sisi atau meja kopi jika kita tidak cukup kreatif untuk menghias meja ini. Cantik dan punya fungsi pada ruang.

Tidak kiralah meja sisi atau meja kopi utama, ruang tamu kita sememangnya akan tampil lebih indah dengan hiasan meja yang menampat pandangan. Ia juga melambangkan personaliti kita dan bagaimana anda menghidurkan tetamu anda. Ada yang gemar menempatkan lilin beraroma bagi menimbulkan suasana tenteram dan selesa. Ada yang menempatkan bunga-bungaan dan buku kesayangan mereka.

Apa yang pasti usah biarkan meja kopi anda kosong  dan membosankan. Apatah lagi jika iamerupakan meja kopi yang ringkas. Solekkan ia agar tampil lebih elegan dan menyerlahkan seri ruang tamu anda. Simple-simple sahaja di IMPIANA.

IKLAN