Selesai Masalah Bila Tahu Repair Sendiri Kipas Rumah Yang Rosak. Jimat Pon Jimat!

Share

Zaman sekarang ni kalau boleh berjimat, lebih baiklah kita berjimat. Bukan sikit-sikit kalau nak baiki barang eletronik ni. Kadang-kadang memang di luar kemampuan kita. Tapi apa nak buat bila kerosakan tak dijangka. Nak tak nak kena baiki juga. Impiana kongsi tip dari Malaysia D.I.Y

ini cara baiki kipas rumah ber’remote’ yang rosak.

Kerosakkan pada kipas siling yg ber ‘remote’ selalunya terjadi pada litar dc untuk controllernya. Ada 2-3 problem seperti kipas langsung tak pusing, jerk atau kipas pusing bergetar atau remote tak boleh control. Ada org kasi pada admin problem yang sama mintak betulkan. Di sini admin tunjukkan bagaimana nak settle problem yang macam ni. Kos nak tukar litar ni agak mahal, jika nak tukar component perlukan masa utk cari barang. Buat mcm ni 10min siap. Sila rujuk gambar utk keterangan.

Buka cover di bahagian bawah dan keluarkan litar pcbnya
Litar seperti ini. Perhatikan label scr. Scr ni adalah suis elektronik utk control speed.
Cuba bagi short guna testpen antara katod dan anodnya 1-1 utk tengok speed yg paling laju. Dan solder seperti di atas.
Disable kan segala litar dc dengan memotong/disolder diod rectifier seperti dlm gambarajah.
Shortkan 2 kaki scr ni kecuali G (gate).
Pasang regulator sekiranya nak control speed. Jika anda kaki pasang kipas no 4-5 tak payah pun tak apa.

 

Sumber : Malaysia D.I.Y

IKLAN