Laman

Sayur Favourite Orang Kita Yang Mudah Tanam Guna Pasu

Share

Kalau sebut saja berkebun atau tanam sendiri sayur ramai yang fikir susahnya nak tanam. Asyik mati dan tak menjadi saja. Baik beli di pasar malam atau pasar raya harganya masih lagi murah tak perlu susahkan diri. Hanya pilih dan bayar. Tapi tahukah anda tanam sendiri sayur banyak kebaikannya berbanding dengan membeli di pasar. Nampak segar bugar tapi di sebalik kesegaran dan kegemokan sayur tu terdapat berapa gelen racun dan baja kimia yang digunakan?

Bayangkan setiap hari kita memasukkan bahan kimia ke dalam badan sendiri juga ahli keluarga. Jangan pelik andainya ramai yang diserang penyakit kanser dan juga penyakit kronik yang lain. Solusinya tanamlah sendiri sayur bebas baja kimia. Mudah saja sebenarnya. Kami kongsi senarai sayur yang boleh anda tanam di rumah menggunakan pasu.

Sawi boleh ditanam dalam bekas yang kecil seperti pasu atau pun planter box. Ia sudah memadai untuk bekalan sayur anda sekeluarga. Sawi antara sayur yang sangat sesuai dimasak dengan apa cara sekalipun. Masukkan dalam nasi goreng, mee goreng atau sayur tumis kesemuanya begitu sedap.

 

Menanam tomato tidak sesukar mana. Hanya buatkan sokongan kayu agar pokok ini dapat tumbuh dengan baik. Dari segi penjagaan pokok ini memerlukan air yang banyak dan mudah diserang penyakit. Oleh itu sentiasa sembur dengan racun organik buatan sendiri.

 

Kangkung adalah tanaman yang paling mudah tumbuh jika ditanam menggunakan kaedah hidroponik. Sifat kangkung juga suka kan air yang banyak untuk menyokong pertumbuhannya. Baca link ini untuk kaedah menghasilkan bekas hidroponik http://www.impiana.my/video-remaja-ini-tunjuk-cara-buat-bekas-hidroponik-dari-pasu-daiso-rm-5-30/

 

Salad juga antara sayur yang mudah ditanam menggunakan kaedah hidroponik. Sekali tanam anda dapat tuai hasil yang cukup untuk keperluan satu keluarga. Silap-silap anda boleh bersedekah pada jiran tetangga.

 

Ok yang ini ramai fikir susah nak tanam kobis tapi sebenarnya kobis ini sangat mudah dan cantik tanam dalam pasu. Teknik menanam kobis adalah dengan menyemai anak pokok yang terhasil dari pokok induknya. Kaedah semaian menggunakan anak pokok adalah lebih mudah hidup berbanding dari benih. Tapi untuk permulaan ingin dapatkan anak pokok anda kenalah semai benihnya dulu.

 

 

 

Cili lagi satu pokok yang mudah sangat tanam dalam pasu tapi anda kena sabar jaga cili ni sebab ada saja yang suka serang terutamanya bena (aphid). Nak tahu cara dapatkan benih cili? Ambil saja biji cili yang anda guna untuk memasak. Semai dalam bekas kecil. Bila dah mengeluarkan anak pokok maka pindahlah dalam pasu lain dan tunggu sehingga ia membesar dan berbuah.

 

 

 

 

IKLAN