Saaih Halilintar Beli Banglo Mewah 3 Tingkat, 9 Bilik, Lengkap Lif Secara Tunai

Share

Saaih Halilintar yang merupakan adik YouTuber terkenal dari negara seberang iaitu Atta Halilintar menjadi bualan hangat selepas mempamerkan kejayaan baharunya iaitu membeli kediaman di media sosial.

Antara hal yang menjadi bualan ramai adalah kemewahan kediaman yang bak istana dan hiasan dalamannya yang cukup elegan.

Menerusi perkongsian video dan foto yang dipamerkan dalam Instagram miliknya, Saaih memberitahu kediaman tiga tingkat tersebut mempunyai sembilan bilik tidur dengan 12 tandas.

Selain itu kediaman yang terletak di Pondok Indah, Jakarta itu juga dilengkapi lif.

Ramai yang ingin mengetahui berapa harga kediaman mewah yang berjaya dibeli pada usia Saaih yang baru mencecah 22 tahun.

Menurut ejen hartanah yang membantu Saaih mendapatkan kediaman tersebut, jejaka itu membeli rumah idamannya secara tunai.

“Harga buka beli kediaman itu RM3.3 juta. Namun saya tidak boleh memberitahu berapa harga akhir yang disepakati mereka.

“Cuma Saaih membeli kediaman ini secara tunai,” ujar ejen tersebut seperti dilaporkan Detik.com.

 

Sumber: Instagram Saaih Halilintar & Gempak

Baca: Atta Halilintar Bina Masjid Kelima, Sedang Cari Tanah Baru Untuk Buat Masjid Lagi

Published by
Rose