
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul, berehat dan menikmati masa berkualiti selepas seharian sibuk dengan rutin masing-masing.
Sama ada ruang tamu berkonsep minimalis, ruang keluarga yang selesa atau bilik hiburan kecil di rumah, perkara paling penting tentulah keselesaan. Lebih menarik apabila pengalaman hiburan boleh dinikmati tanpa terlalu banyak peralatan tambahan, wayar berselirat atau proses pemasangan yang mengambil masa.
Di sinilah Astro X3 baharu menjadi pilihan yang praktikal untuk kediaman moden. Direka sebagai solusi hiburan all-in-one, Astro X3 membolehkan pengguna menikmati pelbagai kandungan menarik dengan lebih mudah, fleksibel dan kemas.
Paling penting, pengalaman streaming boleh dinikmati serta-merta tanpa peranti Astro, tanpa pemasangan diperlukan dan tanpa perlu menunggu appointment teknikal. Hanya langgan, muat turun Astro GO app pada peranti mudah alih atau Astro app pada Smart TV, kemudian terus strim hiburan kegemaran seisi keluarga.
Bagi pemilik rumah yang menitikberatkan susun atur ruang, setiap detail kecil memainkan peranan penting. Kabinet TV, feature wall dan ruang konsol akan kelihatan lebih tersusun apabila tidak dipenuhi terlalu banyak peralatan.
Dengan Astro X3, pengguna tidak memerlukan box tambahan atau proses pemasangan. Ini membantu menjadikan ruang hiburan di rumah kelihatan lebih clean, moden dan minimal, selari dengan trend dekorasi masa kini yang lebih praktikal serta tidak berserabut.
Hanya gunakan Smart TV atau peranti mudah alih yang serasi, kemudian nikmati hiburan pilihan anda dengan lebih mudah.
Kediaman hari ini tidak lagi bergantung kepada satu ruang sahaja. Ada keluarga yang gemar menonton di ruang tamu, ada yang lebih selesa menikmati filem di bilik tidur, manakala sesetengah pemilik rumah menjadikan ruang keluarga sebagai mini home cinema.
Astro X3 memberikan fleksibiliti untuk menonton menerusi pelbagai peranti seperti Smart TV, telefon pintar, tablet dan laptop, yang mana ia boleh digunakan pada dua skrin secara serentak.
Jadi, ahli keluarga boleh menikmati kandungan pilihan masing-masing dengan lebih fleksibel tanpa perlu sentiasa berebut skrin.
Dalam sesebuah rumah, selera hiburan setiap orang pasti berbeza. Ada yang sukakan drama, ada yang meminati sukan, anak-anak pula mahu menonton rancangan kartun, sementara yang lain lebih gemar menikmati filem antarabangsa.
Astro X3 menawarkan pelbagai pilihan kandungan tempatan dan antarabangsa. Untuk peminat drama, antara pilihan yang boleh ditonton termasuk Dendam Seorang Mentua
dan Ikatan Terlarang. Bagi hiburan santai pula, terdapat rancangan seperti Big Stage Rocketfuel dan Dapur Bapak-Bapak.Anak-anak boleh menikmati kandungan seperti Didi & Friends Dream Jobs, Oga & Friends, Paw Patrol dan Cocomelon. Untuk peminat filem, antara pilihan menarik termasuk Fast X, Love Phobia, The Minions: Rise of Gru dan Puss in Boots: The Last Wish.
Bagi yang menggemari aksi sukan, Astro X3 turut menawarkan pilihan seperti BWF, Premier League, MotoGP
dan Tennis.Tidak semua orang mempunyai jadual menonton yang sama. Waktu menonton anak-anak mungkin berbeza daripada ibu bapa. Ada pula yang hanya sempat berehat dan menonton selepas kerja rumah selesai atau apabila anak-anak sudah tidur.
Dengan Astro X3, pengguna boleh menikmati kandungan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian rutin masing-masing. Terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya kemudian. Mahu berhenti seketika, tekan sahaja pause. Babak menarik juga boleh diulang dengan fungsi rewind, manakala bahagian tertentu boleh dilangkau menggunakan fungsi skip.
Pengalaman hiburan di rumah menjadi lebih personal, fleksibel dan tidak terikat pada satu jadual tertentu.
Selain kandungan Astro, pengguna juga boleh membuat add-on dan menstrim aplikasi popular seperti Disney+, iQiyi, Prime Video, beIN SPORTS CONNECT dan banyak lagi melalui Astro.
Lebih mudah, semua langganan tersebut boleh disatukan dalam satu bil. Bagi keluarga moden yang mahukan akses hiburan lebih lengkap tanpa perlu menguruskan terlalu banyak langganan secara berasingan, kemudahan ini sememangnya praktikal.
Satu platform dengan pelbagai pilihan hiburan, semuanya lebih mudah untuk dinikmati seisi rumah.
Lebih daripada sekadar platform hiburan, Astro X3 melengkapkan cara keluarga moden menikmati ruang kediaman mereka. Sama ada untuk movie night di ruang tamu, sesi kartun anak-anak pada hujung minggu atau waktu santai menonton drama selepas seharian bekerja, semuanya boleh dinikmati dengan lebih mudah dan fleksibel.
Lebih menarik, pilihan langganan tanpa kontrak untuk Astro X3 juga akan diperkenalkan mulai Disember 2026 akan datang. Pilihan ini bakal memberikan lebih kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati hiburan mengikut keperluan dan cara mereka sendiri.
Astro X3 kini ditawarkan pada harga serendah RM39.99 sebulan. Tanpa box dan tanpa pemasangan, hanya langgan dan strim hiburan kegemaran anda serta-merta. Layari astro.com.my atau kunjungi mana-mana premis Astro berdekatan untuk maklumat lanjut.