Rumah Kecil, Hati Besar… Tapi Jangan Sampai Selesa Sendiri, Susahkan Orang Lain

Share

Luahan seperti yang dikongsikan oleh Azmi Ahmad bukan asing dalam komuniti perumahan flat dan apartmen kos rendah. Isu ubah suai berlebihan hingga melanggar hak bersama bukan saja menimbulkan ketidakselesaan, malah boleh mengancam keselamatan dan keharmonian jiran tetangga.

Di banyak kawasan, pemilik rumah flat didapati melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran, membina ruang tambahan di depan dan belakang rumah, menutup longkang aliran air, dan menyekat laluan kecemasan. Malah ada yang sanggup ‘makan’ kawasan hak milik bersama, seolah-olah ia milik peribadi.

Hak Milik Bersama Bukan Hak Milik Sendiri

Struktur seperti laluan belakang, longkang, dinding sisi dan ruang udara adalah milik bersama dalam perumahan strata. Ia dibina untuk kepentingan semua, bukan untuk dimiliki secara individu. Bila seorang pemilik mengubah suai secara ekstrem, kesannya dirasai seluruh blok, air bertakung, bau tak menyenangkan, sistem saliran terganggu dan lebih parah, risiko kebakaran atau kemalangan meningkat kerana laluan terhalang.

Saya Ikhlas Buat Rumah Selesa Tapi Jiran Terpaksa Tanggung Akibatnya

Selesa bukan alasan untuk melanggar peraturan. Tindakan mementingkan diri boleh jadi punca jiran hilang kesabaran. Bila sesuatu terjadi, seperti kebocoran, banjir atau runtuhan kecil, siapa nak bertanggungjawab? Masa tu semua pihak akan menuding jari, tapi yang menanggung adalah komuniti sekeliling.

Perlu Sedar dan Bertanggungjawab

Pihak berkuasa tempatan dan pengurusan bersama kadang-kadang dilihat lemah atau ‘tutup mata’ atas isu ini. Tapi tanggungjawab sebenar bermula dari pemilik itu sendiri fahamkan sempadan hak milik, rujuk undang-undang strata dan paling penting, fikirkan kesan kepada jiran.

Soal Dunia, Tapi Ada Amanah Akhirat

Seperti kata Azmi, “Kalau kami semua tak pernah ikhlas sebab awak menyusahkan, macam mana nak jawab di akhirat nanti?” Sebab itu, jangan hanya fikir rumah jadi luas dan cantik, fikir juga apa kesannya kepada hubungan kejiranan, dan adakah ia satu tindakan yang beretika?

Kesimpulan:

Rumah kita, tanggungjawab kita. Tapi jangan sampai hak orang kita langgar demi keselesaan sendiri. Hormat ruang bersama, jaga keharmonian sesama manusia. Rumah kecil pun boleh bahagia, asalkan tak menyusahkan sesiapa.

Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Warna Cat Ideal Untuk Dinding, Tersalah Pilih Rosak Dekorasi Rumah
Artikel Menarik: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir

Sumber:  Azlan Mohamad

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Putri