Rumah Kebun Konsep ‘Rustic Vintage’ 520 Kaki Persegi, Sesuai Untuk Berehat, Solat & Simpan Alatan Kebun

Share

Rumah kebun konsep ‘Rustic Vintage’ 520 kaki persegi, sesuai untuk berehat, solat dan simpan alatan kebun. Bagi golongan pesara selalunya ramai yang memilih untuk menghabiskan masa persaraan dengan berkebun. Ada yang selesa tinggal di kebun  beberapa ketika sambil menghirup udara nyaman.

Rumah kebun seakan menjadi trend buat mereka yang memiliki tanah kebun. Sambil berehat dan menikmati hasil kebun, dapatlah berehat-rehat sambil menenangkan fikiran. Tanah kebun ini biasanya ditanam dengan pokok buah-buahan seperti durian, cempedak, nangka dan sebagainya.

Sudah namanya rumah kebun, tentulah aspek keselesaan menjadi keutamaan. Berikut perkongsian pemilik sebuah rumah kebun, Hazian Othman

“Alhamdulillah siap sudah rumah kebun kami berkeluasan 520 kaki persegi dengan konsep ‘rustic vintage.’ Bolehlah untuk berehat, solat, dan simpan peralatan kebun. Kontraktor kami SS RIZKI.”

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hazian Othman

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana:
https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

 

IKLAN