Ruang Kerja Space To Think

Share

Ruang kerja atau Home Office telah menjadi satu trend di masa kini. Ruang kerja ini juga sesuai dijadikan sebagai ruang tambahan untuk para tetamu bersantai di hari raya, membuatkan Impiana memilih tona warm neutral

Dulux sebagai pilihan utama. Kombinasi palet warna ini mampu menyuntik elemen kontemporari dalam ruang ini.

Palet Warna WARM NEUTRAL Mencipta Ruang Yang Lebih Tenang

Sudah pastinya palet dalam tona ini memberikan suntikan yang lebih baik untuk ruang seperti ini. Warna ini menghasilkan aura yang lebih tenang dan mendamaikan dengan warna yang cukup lembut dan sejuk mata memandang. Tona warna ini juga menyuntik sedikit elemen sophisticated

dalam ciri tersendiri.

Tip Titik Tumpu

Dinding pertama anda lihat dijadikan dinding tumpu. Tiada masalah kalua dinding itu paling panjang. Kebiasaannya feature wall hanya terdapat di dua tempat sahaja iaitu di ruang tamu dan bilik tidur.

IKLAN