Ruang Bilik Tidur Space To Dream

557

Memiliki tidur yang nyenyak dan selesa adalah idaman semua, Impiana memilih tona warna Soft Pastels Dulux untuk bilik tidur raya kali ini. Suntikan rona lembut penuh kedamaian ini dapat memberi ketenangan disulami rasa romantis.

Palet SOFT PASTELS Untuk Kamar Lebih Romantis

Palet ini sesuai bagi mereka yang ingin menciptakan suasana penuh rasa tenang dengan suasana damai dalam mencipta tidur yang lena. Spiced Honey (Crème Brulee 00YY 26/220) memberikan keseimbangan dan harmoni ke dalam skema warna dengan menyajikan warna-warna sejuk, sedangkan susun atur dalam ruang ini dengan set perabot yang serba melengkapi.

Tip Skema Warna

  • Tentukan warna pilihan dalam setiap ruang dengan teliti, gabungkan warna gelap dan warna cerah mampu menyerlah jika bijak mengenakannya.
  • Bagi sentuhan akhir, guna bunga segar untuk kesan ‘hidup’. Penggunaan lilin dalam sudut memberikan suntikan tenang dan romantik. Pewangi kediaman menambah lagi aura raya.