
Roboh Siling Gypsum, Pasang Sendiri PVC Panel Kawasan Dapur & Dinding Kos RM1.4k,3 Hari Siap! Tak rugi ada kemahiran bertukang, sebenarnya banyak kos yang boleh dijimatkan termasuklah untuk renovasi dan dekorasi rumah sendiri. Paling penting kena ada kecekalan dan usaha gigih untuk siapkan.
Menarik perkongsian daripada Shah Nizam ini yang mengubahsuai ruang siling dan dinding dapur rumahnya daripada material ‘gypsum board’ yang nampak ‘kosong’ kepada kemasan ‘PVC panel’ rona coklat dan hitam yang tampak lebih berseri. Sekaligus dapat merubah suasana baru di dapur.
“Roboh siling gypsum dan pasang sorang diri kawasan dapur rumah. Pasang PVC panel dan dinding. Ambik masa 3 hari untuk saiz siling 20kaki x 17.5kaki dan dinding saiz 12kaki x 10kaki. Tinggal lining skirting je belum pasang.. sakit tengkuk 😆😆 Bajet dalam RM1,400,”
Semoga bermanfaat
IMPIANA: Cantik hasilnya, siling dan dinding ruang dapur ini apabila dipasang PVC Panel. Lebih jimat bila ada kerajinan dan pandai buat sendiri. Semoga menjadi inspirasi buat yang nak cuba pasang sendiri di rumah cantikkan ruang dapur.
Sumber: Shah Nizam
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.