
Semut, bukan sahaja ancaman di dalam rumah malah di laman. Makan baru letak tak smpai sejam pun semut dah datang. Kalau orang kata, di mana ada gula di situ ada semut. Tahap melampau samapai air masak kosong pun habis di hurung semut.
Sebagai pilihan, ramai menggunakan racun semut yang terdapat di pasaran sama ada jenis semburan, serbuk mahupun cecair. Namun tahukah anda ia mengundag risiko kepada kesihatan anda. Kebangkalian seburan yang dilakuakn terkena pada makanan atau serbuk yang ditabur masuk ke dalam hidangan. Tambahan, ada yang tidak tahan dan alah kepada bau racun semburan.
Apa kata anda beralih kepada racun semut organik dengan hanya menggunakan bahan dapur. Berikut adalah resepi semburan semut dari kulit citrus
Bahan-bahan:
1 cawan kulit limau
2 cawan air
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar cecair pencuci pinggan
Cara-cara:
1. Potong kecil kulit limau (boleh gunakan campuran kulit limau atau citrus yang lain)
2.
Untuk memusnahkan koloni atau busut semut, anda boleh curah pati kulit limau terus. Namun untuk tujuan semburan, campurkan ia bersama air dan semburkan pada tanaman