Resepi Mudah Buat Sendiri Tomato Puree Sedap Macam Beli Dekat Kedai

Share

Tomato puree, memang susah nak dapat yang jenis betul-betul asli. Kalau ada pun, harganya agak mahal. Sebenarnya, tak susah pun nak hasilkan tomato puree sendiri. Tambahan, tomato puree yang dibeli dipasaran sudah pasti mengandungi bahan pengawet kan.

Kenapa perlu beli kalau boleh buat sendiri dengan mudah dan yang penting lebih sihat. Resepi dikongsikan dalam group MAKMAL MAKANAN

oleh Rita Nadz memang mudah dan ringkas. Namun, untuk menghasilkan tomato puree yang mempunyai warna cantik macam beli dekat kedai tu, ada bahan tambahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
12-15 tomato
2- 3 keping beet root (kepingan beet root boleh ditambah tetapi tidak terlalu banyak kerana nanti warnanya akan menjadi terlalu gelap – Update: 15/6/2020 9:00 am)
* Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli

CARA-CARA:
1. Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus
2. Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet root
3. Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak)
4. Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni. Stok tomato puree ni boleh tahan dalam tempoh seminggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa
apa² je la yang kalian suka

IKLAN