Resepi Baja Ajinomoto Untuk Pokok Mabuk Berbunga Dan Lebat Berbuah

Share

Dah guna macam- macam jenis baja. Baik yang murah mahupun mahal. Namun, pokok yang berbunga dan berbuah masih kedekut. Di Thailand, negara yang maju dalam bidang pertanian ini punya pelbagai tip. Selain baja redbull, perut ikan dan sebagainya, ajinomoto juga terkenal sebagai salah satu bahan digunakan sebagai baja terutamanya buat tanaman jenis berbunga dan berbuah. Berikut, resepi untuk menghasilkan baja ajinomoto:

Artikel berkaitan:Red Bull untuk pokok lemon malas berbuah 

SUKATAN

5 sudu makan+ 1 liter air bagi pokok besar yang setahun ke atas.

Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.

Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok.

Kekerapan siraman adalah seminggu sekali. Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.

Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga.

Jangan lupa guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

Waktu siraman :

waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.

IKLAN