
Impikan rumah yang sedap mata memandang tapi bajet pula tak seberapa? Jangan risau, anda bukan keseorangan. Ramai sebenarnya teragak-agak nak mulakan renovasi sebab risau kos lari kawalan. Tapi realitinya, rumah tetap boleh nampak kemas, cantik dan selesa walaupun bajet terhad, asalkan tahu trik dan keutamaan. Nak tahu macam mana nak ‘bijak’ waktu ubahsuai rumah? Jom baca sampai habis,tip ni memang wajib tahu sebelum anda mula.
Jangan cuba ubah semua ruang sekaligus. Kenalpasti kawasan utama seperti dapur, ruang tamu atau bilik air, tempat yang paling kerap digunakan. Fokus pada ruang ini dulu sebelum beralih ke ruang lain.
Letak bajet utama dan tambah sekitar 10-15% sebagai ‘buffer’ untuk kos tak terjangka seperti kerosakan tersembunyi atau perubahan kecil di saat akhir. Ini bantu elakkan tekanan kewangan semasa proses berjalan.
Jangan buang semua. Kadang pintu kayu lama, kabinet atau tingkap masih boleh diguna semula dengan sedikit kemasan. Teknik upcycle seperti cat semula atau tukar pemegang pun dah beri wajah baru pada sesuatu elemen.
Tak perlu guna material mahal untuk nampak eksklusif. Contohnya lantai SPC atau vinyl boleh beri efek moden dengan kos lebih rendah berbanding kayu asli. Jubin atau cat yang berkualiti sederhana pun dah cukup memadai jika dipasang kemas.
Jangan tergoda dengan harga paling murah. Dapatkan beberapa sebut harga, semak hasil kerja sebelum ini dan pastikan komunikasi jelas sejak awal. Kontraktor yang baik akan bantu jaga bajet tanpa kompromi pada mutu kerja.
Perabot built-in memang menarik tapi harganya tinggi. Untuk bajet terhad, beli modular atau perabot loose terlebih dahulu. Ini beri fleksibiliti dari segi bajet dan susun atur, dan boleh dinaik taraf kemudian.
Renovasi tak semestinya mahal kalau kita bijak merancang dan tahu apa yang kita mahu. Asalkan ada perancangan awal, keutamaan yang jelas dan sikap terbuka untuk improvisasi, rumah boleh kelihatan segar dan selesa walaupun dengan bajet sederhana.
Baca artikel lain juga: Buat Sendiri Pantri Ringkas Untuk Dapur Kecil. Guna 2 Rak Saja
Ramai Tak Tahu, Pilihan SINKI Pun Boleh Ubah Mood Kat Dapur
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.