Rekaan Sofa Dengan Sulaman Benang Warna-Warni, Unik Atau Pelik?

Share

Secara dengan tidak sengaja apabila melihat rekaan sofa dengan ribuan sulaman benang warna-warni ini, pada awalnya berasa terkejut   kerana rekaan sofa ini tampak begitu berbeza sekali. 

Mana tidaknya, rekaan sofa ini tidak kelihatan seperti yang lain atau kebiasaan di pasaran luar. Tampak unik dan berbeza, sudah semestinya rekaan yang dimiliki pada sofa ini sememangnya telah menarik perhatian. 

Jika kita lihat pada gambar yang memaparkan rekaan sofa ini permukaan luar telah direka dengan ribuan sulaman benang warna-warni. 

Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik seperti burung kakak tua dan banyak lagi. Namun begitu, adakah rekaan sofa seperti ini sesuai untuk dekorasi hiasan dalaman kediaman?

Pada pendapat anda pula bagaimana? Adakah anda merasakan rekaan sofa ini unik atau pelik di mata anda? Sila kongsikan bersama IMPIANA. 

Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram

dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Tak Perlu Lagi Guna Seterika Untuk Gosok Baju, Cuma Guna Penyembur Khas Ini Mampu Hilangkan Kedutan Dengan Mudah!

 

IKLAN