
Ramai antara kita menggunakan extension plug atau soket tambahan di rumah tanpa memikirkan risiko sebenar. Nampak kecil dan remeh, tapi sebenarnya inilah salah satu punca utama kejadian rumah terbakar yang sering dilaporkan. Lebih menyedihkan, kebanyakan kes berlaku tanpa disedari, sehinggalah semuanya sudah terlambat.
Ramai gemar cucuk banyak peralatan elektrik sekaligus ke satu extension. Contohnya, peti sejuk, mesin basuh, ketuhar, pengecas telefon dan macam-macam lagi. Perbuatan ini boleh menyebabkan arus elektrik berlebihan, wayar menjadi panas, lalu mencetuskan percikan api.
Banyak extension murah di pasaran tidak mematuhi piawaian keselamatan. Wayar nipis, soket longgar dan tiada perlindungan keselamatan. Ini adalah BOM JANGKA dalam rumah anda.
Meletakkan extension di tempat lembap (contoh: dapur, bilik air), berhampiran langsir, karpet atau perabot mudah terbakar juga mengundang risiko tinggi kebakaran.
Ramai biarkan extension plug dalam keadaan on 24 jam walaupun tiada peralatan yang digunakan. Ini menyumbang kepada short circuit akibat habuk, serangga atau kelembapan.
✔️ Gunakan extension plug yang ada SIRIM atau label keselamatan rasmi.
✔️ Jangan sambung satu extension ke extension lain (daisy chaining).
✔️ Elak guna satu soket untuk lebih tiga peralatan berkuasa tinggi serentak.
✔️ Tutup suis bila tak guna dan cabut plug dari soket.
✔️ Pastikan persekitaran kering dan bebas bahan mudah terbakar.
✔️ Sentiasa semak keadaan fizikal plug – jika nampak cair, hangus, atau longgar, terus gantikan!
Keselamatan rumah bermula dengan kesedaran kita. Jangan tunggu musibah baru nak bertindak. Periksa setiap extension plug di rumah anda hari ini yang dah uzur, terus buang. Ingat, kebakaran tak kenal masa. Tapi anda boleh elak sebelum ia berlaku.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.