Uncategorized

Putih Dan Hitam Serlah Gaya Klasik Nan Elegan

Share

Elegan, seksi dan seni. Mungkin sekilas pandang teringat kita akan keagungan zaman Coco Chanel yang banyak bermain rona putih dan sedikit palitan hitam sebagai identiti beliau. Malah tidak sah jika kita bemain dengan rona ini jika tidak dihias dengan aksesori dinding. Putih atau hitam putih ? Yang  mana mahu mu? Putih hitam bermakna putih mendominasi hitam. Selalunya ia memberi imej klasik moden, elegan dan mahal. Percaya atau tidak?

Manakala hitam putih pula , hitam mendominasi ruang dan diselangkan sedikit dengan putih. Selalunya ia melambangkan gaya moden dan bebas. Ruang nampak sofistikated, berani dan individualistik. Seni hias moden selalunya cukup gemar bermain dengan rona hitam yang mendominasi ruang. Ia boleh dikatakan melanggar taboo dalam menghias ruang. Jadi jika anda punya koleksi perabot pop art, moden atau industri, , pilihan hitam putih dilihat sangat menarik. Apatah lagi jika anda kenakan 1 warna ketiga yang menyerlahkan seri ruang seperti merah epal.

Berbeza dengan putih hitam, ia lebih lembut dan halus, Selalunya perabot moden klasik, klasik atau art deco cantik dikenakan dengan gaya seumpama ini. Selain daripada rekaan ala Amerika, tata hias ala Perancis dan Scandinavian cukup molek diserlahkan dengan pilihan tema seumpama ini. Apatah lagi jika anda mengenakan banyak  aksesori kristal seperti chandalier, cermin dan material perak. Tidak salah jika anda mengenakan chandalier hitam sebagai ganti. Apa yang pasti, putih hitam merupakan pilihan yang cukup cantik dan menarik. Hitam bagaikan memenuhi kehadiran putih dan anda sendiri tidak perlu rona kedua kerana ia sudah memadai. Simple-simple je di IMPIANA…..

IKLAN