Pintu Sliding Tersekat, Susah Tutup & Buka, Cara Baiki Mudah Saja

Share

Pintu sliding  antara ciri biasa yang pada kediaman teres di negara ini, boleh kata setiap rumah akan ada.

Cuma masalah yang biasa dihadapi berkaitan pintu ini bila sudah lama digunakan adalah ia akan  susah ditutup dan tersekat. Sudahnya ramai yang mengambil keputusan untuk terus mengunci pintu ini dan tidak menggunakannya lagi.

Masalah pintu sebegini sebenarnya boleh kita baiki sendiri, tak susah pun. Caranya dikongsi oleh Jason_jezi

di akaun TikTok miliknya.

Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu ini turun. Jadi kata Jason, kita perlu lakukan perkara berikut untuk membaikinya semula;

  1. Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.

2. Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.

3. Selain itu pintu ini boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.

 

@jason_jezi##Pintu ##Slide sudah lama pakai mesti ada masalah susah tarik, senang saja cuba ni ##TikTokGuru
##jombelajar ##learnontiktok♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Tip cuci cermin sliding door

Cara paling mudah untuk memastikan cermin pintu ini bersih berkilat adalah dengan menggunakan surat khabar.

Apa yang perlu dilakukan cuma celupkan kertas akhbar dalam air kemudian ramas-ramas lalu perahkan airnya sedikit.

Seterusnya boleh lap pada cermin pintu sliding. Akhir sekali lap dengan kain bersih. Hasilnya cermin pintu ini akan bersih berkilat.

Sumber: Jason_jezi

Mesti Baca: CARA Paling Mudah Tukar TOMBOL Rosak, Jimat Tak Perlu Umpil Pintu!

Baca Lagi: Baiki Pintu Plywood Yang Pecah, Berlubang, DIY Lagi Jimat

 

Published by
Rose