
Bayangkan tengah sibuk masak untuk keluarga, tiba-tiba BOOM!, pintu oven kaca meletup depan mata. Suara jeritan, serpihan kaca berterbangan, anak-anak yang tengah bermain dekat dapur terus menangis ketakutan. Inilah realiti yang berlaku pada sesetengah pemilik rumah bila aspek keselamatan dapur diabaikan. Nampak macam remeh, tapi kesannya boleh trauma seumur hidup. Sebab tu penting untuk kita tahu apa punca sebenar insiden macam ni berlaku dan macam mana nak elakkan daripada terjadi di rumah kita sendiri.
Kejadian seperti ini bukan sekadar menyebabkan kerugian, malah boleh mencederakan. Impiana kongsikan beberapa faktor risiko dan langkah keselamatan yang semua pemilik rumah perlu tahu:
Pemasangan oven built-in yang tidak ikut spesifikasi (terutamanya ruang pengudaraan) boleh menyebabkan haba terkumpul, lalu memecahkan kaca.
Letak tray atau bekas plastik, kaca biasa atau bahan tidak tahan haba boleh menyebabkan letupan kecil bila suhu tinggi dicapai.
Ada oven murah guna kaca tempered berkualiti rendah, lama-lama boleh pecah sendiri akibat tekanan haba berulang.
Retakan halus pada pintu oven mungkin tak nampak, tapi bila oven dipanaskan, retakan itu boleh kembang dan pecah.
Minyak & kotoran boleh menyebabkan suhu tak stabil dalam oven. Bahagian mekanikal juga boleh rosak tanpa disedari.
✅ Pastikan oven dipasang oleh teknikal profesional
✅ Elak guna bahan selain “oven-safe”
✅ Periksa pintu kaca jika ada retak kecil
✅ Servis dan bersihkan oven secara berkala
✅ Jauhkan anak kecil semasa oven digunakan
Jangan pandang ringan aspek keselamatan di dapur. Letupan kecil macam ni boleh jadi tragedi besar kalau terkena pada ahli keluarga. Pastikan rumah anda bukan sahaja cantik, tapi juga selamat!
Mesti Baca: Elak Risiko Anak Terjatuh Dari Rumah Bertingkat, Ini Tip Keselamatannya!
Baca Lagi Di Sini: 5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Artikel Menarik: Boleh Jadi Punca Kebakaran, 5 Jenis ‘Extension Plug’ Perlu Elak!
Sumber: Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.