
Petua pokok kesum cepat berakar, daun cantik merimbun, kena siram dengan air ini. Ramai pencinta tanaman mencari cara mudah dan murah untuk memastikan pokok sentiasa subur.
Sebenarnya, anda tidak perlu bergantung kepada baja kimia kerana ada bahan dapur yang boleh dijadikan baja semula jadi.
Salah satunya ialah air bawang merah yang terbukti berkesan untuk membantu pokok cepat berakar, membesar rimbun dan mengeluarkan banyak pucuk baru.
5 biji bawang merah (dengan kulit sekali)
Sedikit air paip
1½ liter air paip
1. Mula-mula, kisar bawang merah bersama kulit dengan sedikit air.
2. Kemudian, tapis dan ambil air bawang saja.
3. Selepas itu, campurkan dengan 1½ liter air paip.
4. Akhir sekali, peram 1 hingga 2 hari sebelum digunakan.
1. Mula-mula, campur air bawang tadi dengan air paip pada nisbah 1:5.
2. Kemudian, boleh siram pada pokok untuk bantu keluarkan banyak akar.
3. Boleh juga sembur pada pokok untuk galakkan pertumbuhan pucuk.
Dengan mengamalkan cara cepat berakar ini, tanaman anda bukan sahaja tumbuh subur tetapi juga lebih rimbun dan sihat. Kaedah organik seperti ini bukan sahaja mesra alam, malah sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia bercucuk tanam.
Hasilnya, pokok yang ditanam di rumah akan lebih segar, menjadikan halaman atau balkoni anda hijau dan menenangkan.
Sumber: Noridah Tahir
Baca artikel lain juga: Pertama Kali Tanam Tembikai, Hasil Menjadi Hingga Buah Membesar Cantik
Cuaca Panas Memang Elok Tanam Daun Bawang, Guna Akar Sisa Masakan Cepat Besar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.