Penataan Ala Hollywood Di Ruang Tamu Menjelmakan Suasana Glamor Dan Mewah

Share

Melihat pada mata kasar sahaja pasti anda sudah mampu menterjemahkan ciri utama yang harus ada untuk penataan ala Hollywood Style ini. Semestinya ia menjelmakan suasana glamor dan mewah. Tidak terhad kepada fabrik dan kayu sahaja, material daripada elemen lain turut digunakan seperti kristal,tembaga dan labuci. Kebanyakkan perabot seperti meja sisi dan ottoman menggunakan kayu seperti mahogani, mapel dan bic yang kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat.

Manakala untuk pemilihan warna pula, palet warna cerah dan berkilau seperti warna metalik, emas dan permata sesuai dipadankan pada perabot dan kemasan lembut. Gandingkan bersama warna neutral seperti putih dan hitam untuk warna seting ruang dan mencetuskan kontras, seperti warna dinding dan juga warna kusyen. Terdapat beberapa aksesori yang sesuai untuk digayakan, seperti arca, lampu vintaj, lukisan dan foto hitam putih. Bagi menambahkan seri, lampu candelier kristal vintaj digunakan bagi mewujudkan pencahayaan aksen yang elegan. Di meja sisi pula, lampu meja terendak moden boleh dipadankan bersama.

 


Info tambahan!
1.Gunakan kemasan lantai warna hitam untuk kesan yang lebih dramatik
2.Fabrik bertekstur gebu boleh digunakan untuk pada kusyen dan langsir untuk tampil menawan
3.Konsep mix and match boleh dipadankan dengan warna metalik agar kelihatan lebih mewah dan sofistikated.


 

www.elledecor.com
groupleme.com
librenchere.com
pintrest
pintrest
IKLAN