Pasangan Ini Ubahsuai Rumah Hanya Dalam Masa 2 Bulan Berkonsepkan Minimalis Skandinavia. Hasilnya Ohsem!

Share

Tema minimalist scandinavia semakin mendapat tempat utama di kalangan pencinta dekorasi rumah di Malaysia. Minimalis membawa maksud gaya hidup yang sederhana dan cukup sekadarnya. Tetapi di dalam konteks hiasan dalaman ianya membawa makna pemilihan perabot serta susun atur yang tidak terlalu crowded dengan pelbagai aksesori tambahan.

Kali ini IMPIANA ingin membawakan intepretasi seorang 3D Visualiser

yang berasal dari Kuching, Sarawak tentang dekorasi yang bertemakan minimalis skandinavia.

En Hamini Madini merupakan pemilik rumah teres dua tingkat yang berkeluasan disebelah bawah 435 sqft serta 325 sqft disebelah bawah berkapasiti tiga bilik tidur dan dua bilik air telah memilih tema warna hitam dan putih sebagai warna utama di kediaman mereka.

“Kediaman ini berjaya disiapkan dalam masa dua bulan dan saya mula pindah masuk semasa bulan Ramadhan yang lepas dan segala susun atur di kediaman ini kami merujuk kepada laman perkongsian gambar atas talian iaitu pinterest

“,katanya.

Selain itu, segala kelengkapan di rumah ini ada yang ditempah khas, dari Ikea, SSF dan kedai perabot yang berdekatan dengan rumahnya.

Lantainya ditatarias dengan Lush Vinyl Interlock Plank manakala dinding utama ditatah dengan White Artificial Brick. Walaupun memilih warna monokrom, tetapi beliau berjaya mencuri pandangan tetamu dengan meletakkan kerusi sandar berwarna kuning serta memasang two seater minibar sebagai partition di antara ruang makan dan dapur.

Berikut adalah idea yang dikongsikan oleh  En Hamini Madini serta isterinya yang berkonsepkan minimalist skandinavia. Selamat berdeko!!

Sebelum (Dapur) 

 

Selepas (Dapur) 

Sebelum (Ruang Tamu)

Selepas (Ruang Tamu) 

Sebelum 

Selepas

Sebelum (Koridor Tangga)

Selepas (Koridor tangga) 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN