Laman

Pakar Orkid Ini Tunjuk Cara Biak Orkid Guna Medium Polystyrene

Share

Sebenarnya, tak susah nak biakkan orkid. Lebih mudah, melalui keratan. Tapi teknik atau cara yang akan menentukan hasilnya nanti. Kebiasaanya, medium arang, batu bata dan sabut kelapa digunakan dalam penanaman orkid.

Tapi bila terlalu banyak digunakan, ia akan menyebabkan pasu berat. Jadi, anda perlu sediakan tali atau dawai gantung yang cukup kuat. Kalau taak, pasu mudah jatuh ketika digantung. Anda nak angkat pun berat.

Sebenarnya ada cara naak kurangkan penggunaan medium seperti arang dan batu batu. Nak tahu, ikut cara semaian yang telah dikongsikan oleh AbangYop OrchidHunter

1.Pilih pokok yaang diambil benih. Ciri-ciri utama yang perlu diambil kira adaalh pokok tersebut mempunyai banyak daun dan terhindar dari sebarang penyakit kronik. Maksud rinkasnya adalah, pokok tersebut wajib dalam keadaan sihat. Pilih 3 batang dari pokok induk untuk dijadikan sebagai benih pokok baru. Boleh sahaja 1 atau 2, tapi 3 pokok lebih kuat dan cepat stabil.


Gunakan cutter yang tajam dan telah dibersihkan bagi mengelak keratan rosak dan mudah dijangkiti penyakit. Sapukan sedikit racun kulat pada bahagian yang dipotong.

2. Ini 3 pseudobuld yang telah di potong dari induk tadi

3. Potong hampir semua akar pada benih keratan. Jangan khuatir, bila akar lama dibuang, ia akkan menggalakkan pertumbuhan akar baru

4. Pastikan pasu yang digunakan mempunyai lubang udara pada bahagian dinding. Kalau tak jumpa pasu macam tu, boleh guna drill atau paku panas untuk tebuk sendiri lubang pada dinding pasu. Ia bertujuan memberi ruang pada akar baru menyelinap keluar dari pasu disamping menjadi lubang udara serta mempercepatkan aliran air hujaan atau siraman keluar dari pasu.

5. Inilah teknik yang dikatakan jimat serta meringankan pasu. Bahagian dasar pasu diletakkan polystyrene

6. Lepas itu, baru lah arang dan batu

7. Selesai sediakan bekas semaian, masa untuk tanam keratan benih tadi. Caranya, bukan timbus pangkal keratan dengan arang atau batu. Hanya perlu letak sahaja keratan tersebut di atas timbunan medium tadi

8. Ikat buld atau daun pada tali atau dawai gantung supaya stabil sementara menunggu akar baru mengikat

9. Boleh lah siram dan letakkan di bawah teduhan

IKLAN