Nak Aura Positif Sentiasa Wujud Di Dalam Kediaman Anda, Ini 7 Benda Yang Dapat Membantu

Share

Tidak bermakna kediaman anda paling cantik, paling style, perabot mahal mampu menggimbarakan anda. Ini fakta yang dinyatakan oleh pakar sains. Untuk membangkit aura gembira di dalam kediaman, ada beberapa keperluan yang telah disenarikan oleh ahli sains antaranya ialah:

1. Dinding berwarna hijau atau kuning
Menurut kajian Vrije University in Amsterdam Dalam banyak-banyak rona, yang terdapat di dunia hanya dua warna sahaja yang mampu membangkitkan aura gembira (happiness) iaitu hijau dan kuning. Tapi, tidak bermakna anda perlu mewarnakan kesluruhan kediaman anda dengan warna tersebut. Cukup sekadar memilih salah satu dinding atau feature wal

l yang di aliskan dengan rona kegimbiraan ini

2. Bunga segar
Walaupun ramai beranggapan bunga segar terutamanya cutting flower perlu peruntukkan belanja kerana apabila tiba masa, ia perlu diganti. Namun, kajian yang dijalankan oleh Rutgers mendapati kehadiran bunga sama ada dalam bentuk pemberian dan hiasan mampu memacu emosi gembira. Apa perasaan pasangan anda bile dia menerima sejambak bunga? Gembira kan. Jadi, tolak ketepi isu mahal atau membazir. Pilih bunga yang mampu milik

3. Gambar kenangan
Jika side table di tepi katil anda dihiasi dengan pasu dan bunga, tukarkan ia dengan bingkai gambar-gambar kenangan. Satu kajian yang dijalankan oleh  University of Portsmouth  mendapati dengan melihat gambar-gambar kenangan ia mampu mencetus emosi yang positif.

4. Lilin dengann aroma vanila
Ada sebab kenapa anda digalakkan untuk memasang atau menyalakan lilin dengan aroma vanila selepas pulang dari kerja. Aroma vanila amat menenangkan. Jika anda ingin memperbaiki imosi, kajian Chemical Senses  mendapati vanilla beans mampu menaikkan semangat positif

5. Si comel
Ada sebab kenapa di katakan anjing sebagai “Man’s Best Friend”. Kajian yang disiarkan oleh  Journal of Personality and Social Psychology mendapati haiwan peliharaan menjadi sokongan di dalam hidup pemiliknya. Sebab itu, haiwan peliharaan terutamanya kucing dan anjing digunakan untuk tujan terapi bagi penyakit-penyakit tertentu

6. Aroma bunga
Anda digalakkan untuk menggunkan penyegar udara yang mempunyai aroma bungaan seperti ros dan lavender. Ini kerana, deria bau dihubungkan terus kepada otak. Jadi apabila anda menghidu sesuatu aroma bungaan, ia akan terus disalurkan ke otak dan membangkitkan aura yang tercetus dari bau tadi. Menurut kajian oleh  Association for Psychological Science

, , aroma bunga mampu meningkatkan emosi gembira.

7. Katil yang selesa
kita percaya bahawa untuk mendapatkan satu semangat yang harmoni sepanjang hari adalah melalui tidur yang nyenak. Jika tidak, seharian anda di tempat kerja akan berasa mengantuk dan letih. Betul tak? Jadi untuk menjamin tidur yang nyenyak, sediakan katil yang selesa dan empuk.

IKLAN