Modal Tak Sampai RM10, Kusyen Kereta Boleh Jadi Bersih Seperti Baru!

Share

Kebersihan kereta selalunya kurang kita beri perhatian. Cukup hantar cuci seminggu sekali, supaya luar nampak berkilat dan lantai tidak berpasir. Tetapi ada satu lagi bahagian yang sebenarnya menyembunyikan pelbagai kuman, debu dan habuk.

Ya, kusyen kerusi kereta yang berpeta atau berbekas akibat tertumpah air dan makanan itu bukan sahaja nampak kotor pada fizikalnya saja, tetapi juga kotor dengan debu terkumpul.
Jika mahu minta kedai cucikan, boleh menelan belanja sehingga RM100 keatas. Tetapi melalui perkongsian Puan Farizah Mohamed

di facebook nya, ada cara yang lebih jimat untuk hilangkan kotoran seperti ini.

“Nak share benda best utk CUCI KUSYEN KERETA! Tiada lagi berpeta/berdebu.
Boleh juga gunakan untuk karpet, sofa & tilam!
Nak hantar cuci kat kedai mahal kan, jadi jom buat sendiri. Murah je beli kat Mr. DIY RM6+ je
Memang puas hati.
Saya ajar bagaimana nak cuci bagi bersih ye”

Terdapat dua jenis pembersih yang boleh dipilih :

Multi Purpose Foam Cleaner – RM6.75 (datang dengan berusnya sekali)

Tough Stain Fabric Cleaning Foam – RM15.25

Langkah-langkah Pembersihan :

1. Vacuum kusyen kereta terlebih dahulu

2. Selepas itu ambil tin foam cleaner yang dibeli tadi dan goncang terlebih dulu. Pastikan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen, kemudian spray kan saje. Banyak pun tak apa, nanti keluar buih putih. Ingat, goncang dulu tau!

3. Gunakan berus yang diberi untuk gosok sehingga rata dan supaya buih pembersih meresap kedalam kusyen kereta anda

4. Tunggu dalam 2-3 minit sebelum anda teruskan memberus. Lebih puas jika anda gunakan kain basah dan tsental sehingga hilang bekas kotoran

5. Jika kotoran masih degil, anda boleh ulang langkah 1-4 tadi sehingga puas hati. Kesan kotoran yang sudah lama kena buat 2-3 kali dan kena gosok.

6. Selepas puas hati dengan tahap kebersihan kusyen, boleh la jemur kereta di bawah matahari supaya cepat kering

Bersih dan jimat!

p/s : Sila pastikan dahulu fabrik yang sesuai dengan pembersih buih. Selamat mencuba!

IKLAN