Modal Tak Sampai RM 10, Urus Dan Elak Wayar TV Berselirat

Share

Jenis kabinet TV “built-in” memang terselamat dari pemandangan wayar sambungan tv yang berselirat. Bukan sahaja wayar TV, sambungan wireless router dan beberapa buah decoder lagi akan menyebabkan wayar yang selirat sukar untuk diuruskan. Tapi, Dila Akashah

ada idea untuk pastikan sambungan wayar dan decoder TV dengan kos tak sampai RM 10 pun

Hi. nak share cara saya buat cable management dekat kabinet TV yang ada macam-macam benda

Gambar sebelum. Ada wayar TV, plug extension, modem unifi, wifi router dan wayar2 lain yg berselirat sana sini.

3 benda ni je PVC case beli dekat kedai hardware, cable tight dan double sided tape beli dekat mr.diy.

Ikat wayar dan lekatkan PVC case kat mana2 tempat yg sesuai. Kena buat lubang sikit dekat PVC case utk keluar masuk wayar. Lebihan wayar sorok dalam tu.

Wifi router pun saya sumbat sini. Sakit mata tengok sepah2. Modem pulak letak dalam kabinet TV. Setakat ni tak menjejaskan speed internet walaupun duduk dalam bilik.

Siap

Tada. Kabinet TV bebas dari segala benda dan segala mak nenek wayar. Bawah kabinet pun dah tak nampak. Semoga bermanfaat.

IKLAN