Misi Menghalau Lalat – episod 3

Share

Hai apa khabar? Bagaiimana puasa anda? Semoga tenang dan riang menyambut ramadan bersama keluarga. Bagaimana pula persiapan berbuka? Sudah pastinya ratu dapur tidak menang tangan menyediakan pelbagai hidangan lazat untuk seisi keluarga atau para pelanggan. Namun kita sememangnya tidak boleh menafikan antara musuh utama kita di dapur adalah lalat. Adakala rimas juga dibuatnya.

DAPUR YANG KOTOR DAN BERBAU SEMEMANGNYA MENJADI TUMPUAN LALAT

Kita kembali ke petua orang tua-tua. Gunakan sahaja serai wangi sebagai medium membasmi lalat. Selalunya di spa banyak menggunakan bahan semula jadi seumpama ini dan ia boleh dipraktikkan di kediaman sendiri. Malah sesuai juga untuk hindari serangga seperti lalat.

Seburan dari ‘jus’ serai wangi, bukan sahaja menyegarkan tetapi boleh menghalau lalat di ruang kediaman kita terutama dapur dan ruang makan. Kisar sahaja secekak serainya dan masukkan secawan air atau lebih. Biarkan beberapa jam sehingga dapat jus serainya dan ditapis. Air tersebut bolehlah dimasukkan ke dalam bekas semburan dan sesuai untuk anda sembur lalat yang bermaharajalela itu.

Mudahkan….

IDEA

Selain untuk semburan , ia juga boleh anda praktikkan sebagai pencuci lantai terutama jika dapur basah anda agak melekit dan berbau.

IKLAN