Masalah Singki Tersumbat, Sebulan Sekali Buat Tip Mudah Ini

Share

Masalah singki tersumbat memang boleh merosakkan mood memasak kita dalam sekelip mata. Nak cuci ikan, ayam, basuh pinggan semuanya terbantut kalau air penuh dalam singki. Terpaksa pula pakai pam.

Tapi jadi masalah kalau singki masih jua tersumbat. Dalam keadaan ini, kita biasanya terpaksa menghubungi plumber yang boleh menelan kos sekitar RM250 hanya untuk menyelesaikan masalah ini.

Namun, daripada menunggu kejadian buruk seperti ini berlaku, lebih baik kita mengambil langkah pencegahan awal.

Kamal Hamid berkongsi beberapa tip berguna yang beliau peroleh dari pengalaman seorang plumber. Katanya bagi penjagaan singki, sebulan sekali lakukan perkara ini untuk mengelakkannya tersumbat;

1. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.

2. Bila air dah penuh sinki, lepaskan serentak.

 

3. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya sebulan sekali insya-Allah sinki susah nak tersumbat. Daya tolakan air yang kuat akan bantu flush semua kotoran dalam saluran. Cara ini juga lebih selamat berbanding guna, asid, peluntur, bikarbonat.

INFO

Tip di atas adalah penyelenggaraan agar singki tak tersumbat, sekiranya sudah tersumbat memang kena selesaikan masalah ini terlebih dulu. Selepas itu lakukan tip yang dikongsi untuk elak kejadian berulang.

Selain itu sebagai langkah pencegahan gunakan juga penapis di corong singki supaya sisa makan tak masuk saluran paip.

Elak jadikan singki sebagai tong sampah untuk membuang sisa makanan, kuah, lemak ayam dan sebagainya, ini adalah punca singki tersumbat.

Semoga bermanfaat

Sumber: Kamal Hamid

Baca Lagi: Saliran “Outlet” Singki Tersumbat, Plumber Ni Guna Paip Getah Je Penyelesaian Mudah Dan Jimat

Published by
Rose