Manfaat Ruang Bawah Tangga Dengan DIY Stor, Tak Lagi Semak Mata!

Share

Kebiasaan rekabentuk rumah dua tingkat yang mempunyai tangga ni, bawah tangga tu mesti dijadikan ruangan menyimpan barang atau biasa orang gelar stor.

Sebenarnya, macam-macam kita boleh buat untuk ruang bawah tangga yang terhad. Tambahan lagi, barang-barang yang disimpan kemas dan rapi sempurna. Jadi, kali ini IMPIANA nak kongsikan DIY  buat sendiri je stor bawah tangga ni, guna saki baki kayu terpakai yang ada di rumah sahaja.

Boleh ikut cara yang dikongsikan Mohd Sani Soid ini sebagai panduan. Mudah, siap dalam masa sehari je.

DIY Stor Bawah Tangga. Bahan-bahan dari kayu-kayu terpakai saki baki renovation rumah sebelum ni.Tak susah sangat kalau ada peralatan yang mencukupi seperti:
– Cordless Drill
– Hammer Drill
– Circular Saw
– Lain-lain seperti Gergaji, Sesiku L, Tape Measure, wall plug, skru kayu dan sebagainya.

Tapi kerja jadi tricky sikit sebab kayu-kayu dah meleding tak lurus serta dinding simen tak rata/flat. Walaubagaimanapun, siap jugak kerja dalam sehari sahaja.

Cara Membuat:

1.Ukur dan potong kayu ikut ukuran yang diambil.


2.Pasang rangka di bawah.


3.Fitting rangka di tempat yang nak dipasang.


4.Fitting Pintu pada rangka dahulu untuk pastikan muat dan pasangkan Hinge. Rangka kayu saiz 1×2 inci, plywood tebal 10mm.


5.Potong Papan guna Circular Saw.


6.Tak sampai seminit, sekejap jer.


7.Siap pasang semua dinding.


8.Guna filler untuk isi celah-celah gap.


9.Siap filler, tunggu hingga kering sebelum cat.


10.Setelah siap cat.


11.Tukar tombol pintu baru.


12.Saya guna lampu bateri je dengan remote cordless, dah malas nak buat wiring baru.

* Guna lampu bateri untuk bilik stor sebab bukan ruang tamu nak kena bukak lampu 8-12jam sehari.Bilik stor, sehari sekali belum tentu kita masuk, masuk pun belum tentu bukak lampu, bukak lampu pun belum tentu lebih dari 5 minit. 6bulan – setahun insyaAllah takde masalah, bateri bukan mahal pun, rm6 untuk 8biji, tukar saja lah.

Siap!

Siap! Selamat Mencuba!

Macam-macam kita boleh buat untuk ruang bawah tangga yang terhad tu. Elakkan dibiar kosong begitu saja. Boleh tiru diy ni untuk rumah anda okay.

Sumber: DIY & Craft Malaysia

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

IKLAN