Makeover Pintu Stor, Sehari Dah Siap. Ikut DIY Ini

Share

Makeover pintu stor, sehari dah siap! Bagi kediaman teres selalunya pintu stor berada di bahagoan ruang tamu rumah. Ia akan dibuat seringkas mungkin maklumlah sekadar pintu untuk stor saja.

Tapi keberadaannya berhampiran ruang tamu sedikit sebanyak memerlukan ‘sentuhan’ apatah lagi jika pemilik kediaman menekankan hiasan dalaman yang cantik.

Bagi yang mencari idea untuk perkara ini boleh lihat DIY mudah yang dilakukan oleh Pa’e Faeza untuk pintu stor rumahnya.

DIY ubah suai pintu stor

Pintu stor sebelum makeover

DIY transform pintu stor sebab pintu berada di ruang tamu jadi kenalah elok.

Kayu untuk buat wainscotting beli di hardware saja. Sehari saja dah siap, yang lambat cuma cat sebab dibeli secara online.

Sebelum buat tetapkan ukuran wainscotting pada pintu, buat lakaran terus supaya senang untuk lekat.

Siapkan ukuran wainscotting terlebih dahulu

Potong kayu ikut ukuran dan lekat guna gam silicon kayu.

Dah kering barulah dicat, saya guna Jotun stylish grey 7395.

 

Siap. Nak buat makeover ini pada pintu lain dalam rumah pun boleh juga.

Siap makeover pintu stor

 

Sumber: Pa’e Faeza

Mesti Baca:TUKAR Pintu Bilik PILIH Tuil Jenis Pemegang Berbanding Tombol, Lebih Mesra!
Baca Lagi Di Sini: Kepala Gas Berbunyi & Berbau, Jangan Panik Lakukan Step Ini!
Artikel Menarik: 5 Sebab Dekorasi Rumah Jadi Tak Menarik & Nampak Lagi Serabut

Published by
Rose