Makeover Konsep Rona Putih, Dapur Sempit Nampak Luas Dan Mewah

Share

Makeover konsep rona putih, dapur sempit nampak luas dan mewah. Dapur merupakan nadi untuk sesebuah kediaman. Maka sebab itulah ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut cita rasa masing-masing.

Apabila dapur cantik, kemas dan selesa, secara tidak langsung ia akan membangkitkan mood untuk memasak. Pastinya kos renovasi mengikut bajet dan kemampuan. Seperti perkongsian Dinah

Rakhim

Makeover dapur untuk mereka yang sukakan rona putih. Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapur rona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.

Menggunakan kabinet keseluruhannya  warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring  dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.

JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:

SEBELUM:

SELEPAS:

 

 

 

 

 

 

 

Kredit owner: Dinah Rakhim

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana:
https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

IKLAN