
Mak Masuk Hospital Baru Anak-Anak Dapat Buang Barang Dalam Rumah! Perkataan “hoarder” merujuk kepada orang yang suka menyimpan terlalu banyak barang hingga rumah atau ruang mereka jadi penuh dan berselerak.
Dalam konteks psikologi, hoarder ialah seseorang yang mengalami kesukaran untuk membuang barang-barang, walaupun benda tu dah tak berguna atau rosak sebab mereka rasa sayang, takut benda tu berguna nanti, atau ada nilai sentimental.
Hoarding juga boleh menjadi penghalang utama untuk ruang nampak kemas, lapang dan tenang. Sebab tu, konsep minimalis dan decluttering (mengurangkan barang) sangat digalakkan untuk gaya hidup yang lebih teratur dan harmoni.
Sebagai anak, memang serba salah dibuatnya apabila ingin membuang barang-barang milik mak ayah yang dah tak berguna, rosak namun tetap menjadi kesayangan mereka. Boleh buat mereka merajuk dan kecil hati, sampai boleh ‘bergaduh’.
Sebenarnya, sebagai anak memang kena ‘bantu’ mereka. Kena cari waktu yang sesuai untuk bertindak membuang barang-barang ini, sekaligus dapat membuatkan rumah jadi lebih kemas dan teratur.
Mak masuk hospital baru anak-anak dapat buang barang dalam rumah.Kisah benar bila rumah penuh barang, hati pun boleh sesak. Kadang kena tunggu waktu yang ‘tepat’ untuk bertindak. Semoga kisah ini beri inspirasi dan kekuatan buat yang sedang hadapi situasi yang sama.
Bila rumah dah mula rasa sempit, barang pula bertimbun-timbun… itu petanda anda mungkin ‘hoarder’ tanpa sedar. Tapi jangan risau, dengan langkah yang betul, ruang rumah boleh kembali kemas, lapang dan menenangkan. Jom tengok 7 cara paling mudah dan berkesan untuk atasi tabiat simpan barang melampau ni!
Tak perlu stress nak kosongkan satu rumah terus. Mulakan dengan pilih satu ruang dahulu. Sebagai contoh satu laci, satu rak buku, atau satu beg lama. Bila nampak perubahan hasilnya, kita akan lebih bersemangat untuk teruskan.
Setiap kali pegang satu barang, tanya diri:
Masih guna tak?
Ada nilai sentimental ke?
Penting ke?
Kalau tak pakai setahun, masih nak simpan?
Kalau jawapan “tak pasti” atau ragu-ragu, letak dalam kotak “tunggu & lihat”, lekat tarikh. Kalau dalam masa 3-6 bulan tak terusik, masa untuk lepaskan! Mungkin masa untuk letak dalam kotak derma.
Upgrade penyimpanan, tak perlu banyak, asalkan penstoran bijak.
Gunakan:
Bukan sekadar simpan tapi jimat ruang, kemas, lebih teratur, praktikal dan mudah akses.
Buat 15 minit setiap minggu untuk tengok balik barang-barang lama. Boleh jadi waktu bonding dengan anak-anak atau sambil dengar lagu kegemaran.
Kadang-kadang kita simpan sebab kenangan. Tapi zaman sekarang, ambil gambar pun cukup! Simpan memori, bukan barang. Ingat: ruang lapang = ketenangan. Bukan semua barang perlu disimpan untuk kenangan.
Ayat paling bahaya: “Tak guna sekarang, tapi mana tahu satu hari nanti…” – kalau tak guna dalam 6 bulan ke setahun, mungkin tak perlu pun sebenarnya.
Ajak pasangan atau anak-anak bantu. Boleh jadikan aktiviti hujung minggu dan anak-anak pun belajar nilai susun atur dan kemas rumah sejak kecil.
Akhir kata, rumah yang tenang bermula dari ruang yang teratur. Tak perlu tunggu rumah besar atau baru, cukup dengan gaya hidup minimalis yang bijak. Selamat mencuba dan semoga rumah anda kembali ‘bernafas’!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat, dijadikan panduan dan pengajaran untuk atasi ‘hoarders’. Yang penting kena ‘bantu’ mereka untuk buang/ lepaskan barang-barang yang dah tak berguna atau rosak ini tanpa rasa bersalah.
Mesti Baca: Tip ‘Spring Cleaning’, Elak Jadi ‘Hoarder’
Baca Lagi Di Sini: Sayang Nak Buang Barang? Hati-Hati, Anda Mungkin Mengalami Masalah ‘Hoarding’!
Artikel Menarik: 5 Barang Ini Punca Rumah Jadi Serabut, Jangan Sayang Nak Buang!
Sumber: Tik Tok Puan Sri Hartini