Berita

LG Objet WashTower™ Tidak Menjadi Penghalang Ruang Sempit Untuk Tetap Tampak Menawan

Share

Tidak dinafikan, penggunaan mesin mencuci dan pengering pakaian kini bukanlah satu benda yang asing di kalangan masyarakat kita. Malah, rata-ratanya kini hampir setiap pemilik kediaman pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah mesin mencuci atau pengering pakaian di rumah. 

Ini kerana, penggunaan mesin mencuci dan pengering pakaian ini sudah menjadi salah satu barangan keperluan penting ramai bagi memudahkan kerja-kerja mencuci pakaian di rumah. 

Namun begitu, ada kalanya barangan elektrik ini boleh mendatangkan masalah bagi mereka yang mempunyai keluasan ruang dalaman kediaman yang sangat terhad ekoran reka bentuk saiz yang dimiliki pada mesin basuh dan pengering pakaian terlalu besar. 

Akibatnya, ruang yang sempit tidak boleh didekorasi untuk supaya tampak lebih cantik dan menarik. Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut? 

Memperkenalkan mesin mencuci dan pengering pakaian yang terbaharu dan berteknologi tinggi, LG Objet WashTower™ keluaran oleh jenama barangan elektrik terkemuka antarabangsa, LG Electronics (LG). Apa keistimewaan yang ada pada LG Objet WashTower™ ini ia telah didatangkan dengan dua fungsi utama iaitu mencuci dan mengering pakaian pada satu rekaan badan mesin sekaligus. 

Rekaan yang ada pada mesin mencuci dan pengering pakaian LG Objet WashTower™ ini sudah semestinya boleh menyelesaikan masalah bagi anda yang mempunyai keluasan ruang dalaman kediaman yang sangat terhad dan sempit.

Selain itu, ia telah dicipta dengan reka bentuk serba ringkas yang sangat menarik dan tampak moden. Tambahan lagi, LG Objet WashTower™ ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu ‘Nature Beige’ dan ‘Green’ yang sememangnya amat sesuai dengan dekorasi yang berkonsepkan Minamalis Estetik.

Untuk pengetahuan anda, LG Objet WashTower™ ini mempunyai kapasiti mesin cucian 14KG dan pengeringan 10KG. Selain itu dilengkapi dengan sistem kawalan panel sentuhan pelbagai fungsi berteknologi tinggi. 

Apa yang menarik mengenai LG Objet WashTower™ ini, ia telah dilengkapi dengan fungsi ‘AIDD™’ menggunakan teknologi AI yang boleh mengenal pasti jenis tekstur fabrik dan akan membasuh pakaian mengikut jenis cucian serta tahap suhu yang bersesuaian mengikut jenis fabrik untuk melindungi pakaian.

Di samping itu, ia juga didatangkan dengan fungsi teknologi ‘Quick Wash’ dan ‘Quick Dry’ yang membolehkan proses cucian pakaian siap sepenuhnya dalam masa satu jam sahaja. Manakala untuk memastikan cucian yang lebih pantas, LG Objet WashTower™ ini menggunakan teknologi TurboWash™ 360°.

Bukan itu sahaja, penggunaan LG Objet WashTower™ ini mampu untuk membasmi kuman dan hama habuk sehingga 99.9% dengan menggunakan teknologi ‘LG Allergy Care Cycle’ yang telah diluluskan BAF (British Allergy Foundation). Fungsi wap ini memanaskan air sehingga suhu 60 darjah celcius untuk mengurangkan hama habuk rumah.

Untuk penjimatan penggunaan kuasa eletrik serta pengurangan tahap risiko kerosakan fabrik. LG Objet WashTower™ ini didatangkan dengan fungsi teknologi ‘DUAL Inverter HeatPump™’. Jangan ada yang tidak tahu, LG Objet WashTower™ ini juga boleh dikawal serta dikendalikan menggunakan aplikasi ‘LG ThinQ’ menerusi telefon pintar anda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai LG Objet WashTower™ ini, sila layari di laman sesawang https://www.lg.com.my/washtower atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

Baca artikel berikutnya: LG Malaysia Kini Memperkenalkan Mesin Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri Terbaharu, LG PuriCare | Koleksi Objet

 

IKLAN