LAPISAN WARNA CERIA PEMBANGKIT ELEGAN. TEKNIK RINGKAS CIPTA RUANG MESRA KANAK-KANAK

Share

Tidak perlu memilih kertas dinding, anda hanya perlu mengecat dinding yang ada dengan tema warna pilihan. Perlu banyak bersabar dan cermat kerana ia memerlukan proses satu persatu untuk disempurnakan.

Kita sedar ada di kalangan tuan rumah mempunyai  kediaman yang tampil biasa dan tidaklah seluas mana. Salah satu teknik mudah menjadikan ruang tampil ceria dan bergaya adalah bermain dengan lapisan warna dan garisan. Jalur melintang  (horizontal) atau menegak (vertical) sememangnya memberi satu kelainan dalam penampilan sebuah ruang.

Mungkin anda yang mempunyai ketinggian siling yang agak rendah boleh mencuba gaya menegak dan ruang yang sempit boleh memilih gaya melintang. Apa pun jika anda mempunyai anak-anak yang sedang rancak membesar, ini antara ilham yang cukup menarik dalam menjadikan ruang kediaman anda mesra kanak-kanak dan pada masa yang sama tampil bergaya.

IKLAN