
Kulit durian jangan dibuang, boleh buat baja cecair untuk siraman. Siapa sangka kulit durian yang sering dianggap sisa boleh diolah menjadi baja organik yang cukup berkhasiat untuk tanaman?
Sekarang ini musim durian. Pasti banyak isi durian dinikmati, tetapi sayangnya kulitnya selalu dibuang begitu sahaja. Padahal, jika tahu caranya, sisa ini boleh menjadi penyumbang utama kepada kesuburan tanah dan hasil tanaman yang lebih lumayan.
Dengan hanya menggunakan dua bahan buangan dari dapur, anda sebenarnya boleh menghasilkan baja cecair yang bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga membantu mengurangkan sisa dapur secara lestari.
Lebih menarik, cara penyediaannya sangat mudah dan cepat, tak sampai 15 minit pun untuk siapkan satu tong! Jadi, kalau anda gemar bercucuk tanam di rumah, tip ini memang wajib anda cuba.
Berikut perkongsian daripada Azuan Abdullah
Tadi kami makan isi durian bersama pulut memang sedap tak terkata. Tapi bila tengok kulitnya yang banyak, terasa sayang pula nak buang macam tu saja. Jadi saya ambil inisiatif proses kulit durian tersebut jadi baja cecair organik. Hasilnya bukan saja menjimatkan, tapi juga menyuburkan pokok!
Apa yang menarik, cara ini mudah, cepat dan langsung tak perlukan modal. Hanya dua bahan digunakan, dan kedua-duanya pula jenis buangan dapur yang biasanya kita tak pandang pun.
Kulit durian – 1 bahagian (contoh: 1 baldi)
Air basuhan beras – 2 bahagian (contoh: 2 baldi)
Bekas plastik bertutup – 1 unit
2. Masukkan kulit ke dalam tong atau bekas plastik.
3. Tambahkan air basuhan beras. Kalau air beras tak cukup, boleh tambah air paip sebagai pelengkap.
4. Tutup rapat bekas dan simpan di tempat teduh selama 3–4 hari.
5. Selepas cukup tempoh, tapis larutan baja. Asingkan sisa kulit durian daripada air baja.
6. Sisa kulit tu jangan buang ya! Boleh tabur di pangkal pokok sebagai baja kompos tambahan.
7. Gunakan larutan baja terus ke zon akar pokok. Tak perlu cairkan lagi, terus siram.
Tinggi kandungan Kalium (Potassium) – sesuai sangat untuk tanaman jenis berbuah.
Mudah diserap akar pokok kerana bersifat cecair.
Mesra alam dan menjimatkan kos.
Guna seminggu sekali di sekitar pangkal pokok untuk hasil yang lebih optimum. Insya-Allah, anda akan nampak perubahan pada kesuburan tanaman tak lama lepas tu!
Kalau anda minat nak belajar lebih banyak cara hasilkan baja sendiri, boleh dapatkan Ebook 33 Resipi Baja Homemade. Pautan ada di ruangan komen ya!
p/s: Kaedah ini sangat sesuai untuk anda yang bercucuk tanam di rumah—baik di laman, balkoni atau kawasan kecil.
Daripada terus membuang kulit durian dan air basuhan beras, apa kata manfaatkan sepenuhnya kedua-dua bahan ini untuk hasilkan baja cecair semula jadi yang kaya dengan nutrien.
Selain menyuburkan tanaman, ia juga membantu anda berjimat dan mengurangkan sisa dapur. Cubalah sendiri di rumah, dan rasai kesannya pada pokok-pokok kesayangan anda!
Sumber: Azuan Abdullah
Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah
Petua Pantas Hilangkan Bau Durian Di Rumah Dengan Mudah Dan Berkesan!
Selamatkan Anak Pokok Durian Ditenggelami Air Dengan 2 Cara Berkesan Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.