
Kucing/ Anjing Buang Najis Merata? Hati-Hati, Denda RM10K Menanti Pemilik Haiwan!. Terbaru, 3 Rang Undang-Undang (RUU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melibatkan Akta 133, Akta 672 dan Akta 171 telah diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menteri KPKT, YB Nga Kor Ming berkata pindaan ini bertujuan memperkukuh tanggungjawab sivik dan mendisiplinkan masyarakat dalam menjaga kebersihan awam.
Pindaan ini memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata seperti puntung rokok, tisu, plastik, pembungkus makanan termasuklah najis kucing dan anjing di tempat awam serta jalan awam.
Pindaan ini boleh memberi kuasa kepada Mahkamah untuk memerintahkan khidmat masyarakat maksimum 12 jam dan ingkar perintah boleh didenda RM3,000 hingga RM10,000 jika disabitkan kesalahan, bermula 1 Januari 2026.
Nga Kor Ming yang juga Presiden UN-Habitat menegaskan pindaan ini penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk memastikan imej negara kekal bersih dan dihormati di mata dunia.
IMPIANA: Terbaik langkah menaikkan denda bagi pesalah buang sampah ini supaya dapat mendisplinkan diri supaya lebih menjaga kebersihan. Jadi buat pemilik haiwan juga, kena lebih berhati-hati. Jika ada bela kucing atau anjing di rumah pastikan najisnya tidak dibuang merata-rata kerana ia dianggap ‘sampah’ dan boleh dikenakan tindakan seperti yang dinyatakan ini.
Mesti Baca: Hadiah RM140K “Toilet Of The Year”, Anugerah Tandas Sempena Tahun Melawat Malaysia
Sumber: Nga Kor Ming
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.