Konsep Mix And Match Wanita Ini Kos Hanya 3K, Bajet Rendah Tapi Tetap Sedap Mata Memandang

Share

Tanpa kita sedari, ramai antara kita membuang masa dalam penetapan konsep serta tema dekorasi kediaman seperti konsep industri, moden klasik, minimalis hipster dan pelbagai lagi. Namun, kita terlupa adanya konsep bersih, tenang dan sayup mata memandang. Konsep ini lebih kepada membuatkan pemiliknya apabila masuk ke dalam rumah, berasa tenang dan sedikit bangga dengan hasil cetusan idea dekorasi yang dipersembahkan kepada tetamu yang datang bertandang.

Menurut seorang suri rumah iaitu Pn Zainul Asikin, idea dekorasi di rumahnya banyak diinspirasikan daripada laman perkongsian group dekorasi yang ada di laman facebook serta melalui pertukaran idea bersama peminat hiasan dalaman rumah yang lain.

“Jumlah keseluruhan yang saya guna untuk hasil sebegini adalah sebanyak RM3K dan ada sebahagian aksesori di rumah ini saya beli di kedai serbaneka serta jualan murah”, ujarnya.

Kediaman flat ini berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air, hiasannya banyak diusahakan sendiri oleh Pn Zainul seperti bingkai cermin yang dipasang atas televisyen hanya disalut dengan tape warna hitam dan disusun rapi malahan wallpaper yang berbentuk seakan susunan batuan suzuka ini juga dipasang sendiri oleh beliau dengan bantuan anaknya yang ketika ini sudah meningkat remaja.

“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan dekorasi kerana tugas seharian sebagai suri rumah serta menjahit, setiap kelapangan masa yang ada saya akan gunakan untuk menyiapkan hiasan dalaman di rumah saya”, kata ibu kepada 6 anak ini.

Meja makannya tidak dibiarkan kosong dengan warna putih, ia dihias dengan jaluran hitam daripada pita pelekat manakala terdapat banyak pinggan kaca bercorak digantung sebagai hiasan.

Di bawah ini merupakan antara cetusan idea Pn Zainul untuk tatapan pembaca IMPIANA, mana tahu artikel ini boleh membantu anda. Selamat Mencuba!!.

IKLAN