
Di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, terselit sebuah kondominium modern classic farmhouse yang tenang dan mendamaikan. Terletak di aras tinggi M Arisa Residence, Sentul, kediaman berkeluasan 708 kaki persegi ini menjadi bukti bahawa rumah bukan sekadar tempat berlindung tetapi ruang untuk meraikan diri selepas penat bekerja.
Dimiliki oleh Nor Alia Syafiqah Ishak, seorang profesional IT Sistem Perbankan berusia 29 tahun, rumah ini adalah simbol pencapaian peribadi. Dari tingkap unit tinggi ini, pandangan ke arah KLCC menjadi saksi bisu kepada impian yang akhirnya tercapai.
“Balik ke rumah dan rasa rumah ini adalah ‘reward’ untuk diri sendiri selepas penat bekerja,” itulah perasaan yang ingin dizahirkan pemilik dan itulah yang berjaya diterjemahkan oleh Y&S Dzaynn, Temerloh sebagai pereka hiasan dalaman.
Walaupun berada di tengah kota, pemilik sangat menginginkan suasana desa ala English countryside, tenang, hangat dan penuh karakter. Dari situlah lahirnya konsep kondominium modern classic farmhouse
dengan sentuhan English Cottage.Konsep ini dipilih bukan sekadar kerana estetik, tetapi kerana emosi yang dibawanya. Ia mencerminkan jiwa pemilik yang mendambakan ketenangan, kemasan rapi dan suasana “pulang ke rumah” yang sebenar.
Untuk merealisasikan impian ini, beberapa elemen penting diterapkan secara konsisten:
Gabungan ini menjadikan kondominium modern classic farmhouse ini terasa cozy, kemas, hangat dan mendamaikan seolah-olah berada di perkampungan Inggeris, namun masih praktikal untuk gaya hidup kondominium moden.
Unit ini mempunyai susun atur open floor layout yang menggabungkan dapur, ruang makan dan ruang tamu. Dengan keluasan yang terhad, perancangan ruang menjadi sangat penting agar setiap sudut berfungsi secara optimum.
Y&S Dzaynn diberi kepercayaan penuh untuk menguruskan projek ini dari A hingga Z, namun setiap keputusan dibuat melalui perbincangan bersama pemilik. Inspirasi dekorasi datang daripada minat pemilik terhadap gaya English cottage, rancangan makeover seperti HGTV, Pinterest serta trend dekorasi Inggeris di Instagram dan TikTok.
Pemilihan warna memainkan peranan besar dalam membentuk suasana kondominium modern classic farmhouse ini. Untuk mengekalkan rasa tenang dan klasik, pilihan cat dibuat dengan teliti.
Warna-warna ini membantu mewujudkan ruang yang lebih luas, bersih dan timeless, selain mudah dipadankan dengan perabot serta aksesori.
Dengan bajet sekitar RM60,000, fokus utama projek ini adalah keseimbangan antara konsep, keselesaan dan kepraktisan gaya hidup pemilik. Keutamaan diberikan kepada perabot berfungsi, penyelesaian storan bijak dan rekaan yang tidak berlebihan.
Proses renovasi bermula pada Julai dan siap sepenuhnya pada hujung Ogos. Walaupun pereka berpangkalan di Pahang, perancangan rapi memastikan hasil akhir menepati impian pemilik.
Ruang tamu menjadi focal point utama kondominium modern classic farmhouse ini. Di sinilah konsep Modern Classic Farmhouse dan English Cottage benar-benar menyerlah.
Antara elemen utama ialah faux beam, wainscoting kemas, fireplace ikonik serta cermin arch besar berbingkai hitam yang memberi ilusi ruang lebih luas.
“Cermin inilah favourite spot saya. Ia menyatukan semua elemen indah dalam rumah ini,” ujar pemilik.
Untuk menjimatkan kos dan mengekalkan keunikan, projek ini menggabungkan elemen DIY dan perabot beli siap. Fireplace digabungkan dengan kabinet BESTA dari IKEA yang berfungsi sebagai kabinet TV, membuktikan kreativiti mampu menjadikan item bajet tampak eksklusif.
Menurut pereka, antara tip penting untuk mengubah suai rumah ialah fokus kepada satu atau dua elemen utama, memilih warna neutral yang timeless, serta berani melakukan DIY. Kesabaran dan konsistensi dengan konsep adalah kunci kejayaan.
Akhirnya, rumah ini bukan sekadar cantik di mata. Ia menjadi ruang yang menyembuhkan, menenangkan dan memberi makna kepada pemiliknya, satu hadiah paling berharga untuk diri sendiri.
Mesti Baca:Rumah Gah Tidak Praktikal? Realiti Pahit Yang Buat Ramai Pemilik Terdiam