Laman

Kesan Penggunaan Coca-Cola Pada Tanaman Yang Wajib Anda Tahu

Share

Air adalah keperluan utama untuk semua jenis tanaman. Adakah ini bermakna semua bahan cecair sesuai dijadikan sebagai siraman pada tanaman? Sebagai contoh soda pop. Adakah ia sesuai dijadikan sebagai baja atau air siraman tanaman?

Soda pop jenis bergula bukan lah pilihan yang ideal sebagai baja tanaman. Seperti garam, gula yang terkandung di dalam air juga menghalang akar tanaman menyerap air atau nutrien yang diperlukan tanaman.


Walaubagaimanapun, air karbonat kosong tanpa gula sangat membantu dalam pertumbuhan tanaman malah lebih baik dari penggunaan air dari paip. Air karbonat tanpa gula mengandungi makronutrien seperti karbon, oksigen, hydrogen, phosphorus, potassium, sulfur dan sodium yang amat diperlukan oleh tanaman.


Ini secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan tanaman dengan cepat dan mempunyai imuniti yang baik. Namun bagi penggunaan minuman berkarbonat terutamanya Coca cola tidak sesuai malah mengancam tanaman.

Ini kerana bagi setiap 1 ounce Coca cola terkandung 3.38 gm gula. Sprite juga mempunyai kandungan yang hampir sama dengan Coca cola. Namun ia berguna untuk memanjangkan jangka hayat jambangan bunga atau cutting flower.

Sumber: gardeningknowhow.com

 

IKLAN