
Kesan kunyit degil pada tabletop? Ini cara hilangkan tanpa rosakkan permukaan. Setiap kali memasak, terutama masakan berempah seperti kari atau rendang, penggunaan kunyit memang tak dapat dielakkan.
Walaupun rasanya menyedapkan hidangan, warna kuning pekat kunyit boleh meninggalkan kesan degil pada permukaan dapur terutamanya di bahagian tabletop jenis kuarza, marmar, atau laminate. Lebih malang, jika tidak dibersihkan segera, kesannya boleh menjadi kekal dan mencacatkan penampilan ruang dapur.
Ramai yang sangka perlu guna bahan peluntur untuk tanggalkan kesan kunyit, tetapi hakikatnya ia boleh merosakkan permukaan tabletop terutama bagi bahan semula jadi seperti batu marmar.
Oleh itu, penting untuk menggunakan kaedah pembersihan yang lembut tetapi berkesan. Jangan risau, ada beberapa teknik mudah yang boleh anda cuba di rumah menggunakan bahan yang mesra permukaan dan selamat untuk dapur.
*Campurkan 2 sudu baking soda dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
Sapukan pada kesan kunyit dan biarkan selama 15–20 minit.
*Gosok perlahan dengan span lembut atau kain microfiber, kemudian lap bersih.
*Campurkan 1 bahagian cuka dengan 1 bahagian air dan titis sabun pencuci pinggan.
*Sembur terus ke atas kesan, biar seketika, kemudian lap dengan kain bersih.
*Letakkan sedikit hydrogen peroxide pada kapas, tekapkan pada kesan kunyit.
*Biarkan 5–10 minit dan lap bersih. Elakkan guna pada permukaan gelap atau sensitif.
*Sentiasa lap tumpahan kunyit serta-merta selepas memasak.
*Gunakan alas atau pelapik ketika mengendalikan kunyit mentah atau serbuk di atas countertop.
Kesan kunyit memang mencabar, tetapi tidak mustahil untuk dihilangkan jika menggunakan kaedah yang betul. Elakkan penggunaan bahan berasid tinggi atau pembersih kasar yang boleh menghakis permukaan dapur.
Dengan bahan semula jadi seperti baking soda dan cuka, bukan sahaja kesan kunyit hilang, malah dapur anda kekal cantik dan tahan lama. Selamat mencuba, dan jadikan dapur anda kembali bersih bersinar seperti baru!
Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah
Petua Pantas Hilangkan Bau Durian Di Rumah Dengan Mudah Dan Berkesan!
Selamatkan Anak Pokok Durian Ditenggelami Air Dengan 2 Cara Berkesan Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.