Kain ‘Buruk’ Di Dapur Yang Berbau Busuk, Ini Cara Mudah Untuk Membersihkannya

Share

Apabila kain ‘buruk’ untuk mengelap kekotoran di ruang dapur selalu digunakan, sudah pasti ianya akan meninggalkan kesan kotoran degil dan sukar untuk dibersihkan. 

Malah, bukan itu sahaja, kain ‘buruk’ juga akan berbau busuk apabila ia semakin kerap digunakan meski telah dibersihkan dengan beberapa kali cucian. 

Jadi, sudah pasti ada di kalangan anda yang mengalami masalah sedemikian mesti ingin mengetahui cara yang mudah untuk membersihkan ‘kain buruk’ tersebut. 

Menerusi satu perkongsian pemilik akaun media sosial Instagram, Jason Jezi telah berkongsi tip dan cara mudah untuk membersihkan ‘kain buruk’ di dapur. 

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah letakkan ‘kain buruk’ ke dalam sebuah bekas atau baldi kecil. 

Kemudian campurkan sedikit ubat gigi bersama satu sudu garam dan air cuka ke dalam bekas tersebut. Selepas itu, tuangkan air suam dan biarkan rendaman ‘kain buruk’ anda selama 20 minit. Akhir sekali, bilas ‘kain buruk’ yang telah direndam dengan air sehingga bersih. 

Selain itu, bagi mengekalkan ‘kain buruk’ anda sentiasa kekal bersih dan tidak berbau busuk, anda disarankan untuk melakukan kaedah pembersihan ini seminggu sekali. Mudah sahaja kan caranya? Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Jason Jezi 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Rumah Teres Berusia 80 Tahun Kini Sebuah Resort Moden Tropikal

Follow kami di WEBSITE

, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN