Pasu Bunga Terlalu Ringkas! Jom Hasilkan Sarung Pasu Ini.

Share
Mencari idea hebat bagi menghias pokok-pokok kecil di sudut kediaman anda? Mungkin kelihatan begitu biasa apabila meletakkan pokok ke dalam pasu dan hiasnya begitu sahaja. Jom lakukan sedikit kelainan , idea plant cover ini amat sesuai disarungkan pada pasu pokok-pokok kecil di dalam kediaman. Selain kelihatan menarik dan cantik, ia juga mudah untuk dihasilkan.

Anda perlukan:-

Kain belacu

Pita pengukur

Gunting

Gam Lilin

Cat Fabrik

Berus

Pita pelekat

  1. Ukur lilit saiz lebar dan ketinggian pasu. Ukur biar berlebihan bagi ketinggian untuk proses lipatan kain nanti.
  2. Tandakan saiz ukuran yang telah diambil pada kain belacu.
  3. Gunting dan lekatkan pita pelekat pada hujung kain yang hendak disatukan. Kemudiam gamkan kain belacu menggunakan gam fabrik.
  4. Lekatkan pita pelekat pada kain belacu bagi menghasilkan corak.

 

5. Hasilkan corak tiga segi menggunakan pita pelekat.

6. Lekatkan gam lilin pada bahagian lipatan kain bagi kelihatan seperti kain sarung.

7. Sapukan cat pada bahagian kain belacu yang terdedah daripada pita pelekat. Biarkan kering seketika.

8. Tanggalkan pita pelekat. Masukkan pokok bersama pasu ke dalam sarung.

IDEA IMPIANA

  • Jika sarung pokok anda terkena kotoran, IMPIANA sarankan anda bersihkannya secara manual dan tidak menggunakan mesin basuh.
  • Anda juga boleh menghasilkan pelbagai orak menggunakan pita pelekat seperti corak geometrik ini.
IKLAN