Jom DIY ” Toilet BOMB” Semudah 1,2 & 3

Share

Lubang tandas bila berkeladak memang susah nak cuci. Sebab itu jangan biar kotor dan berkeladak baru nak cuci. Kadang-kadang bila dah cuci kesan degil masih ada lagi yang tinggal. Pening bukan! Bukan sekadar kotor, dengan bau lagi yang kurang enak membuatkan kita tak duduk senang.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
  • 1 cup – Sodium bicarbonate (baking soda).
  • 1/4 cup – citric acid(boleh di cari di kedai bakery).
  • 1 sudu hydrogen paroxide(boleh di cari di farmasi)
  • 1 Acuan silikon.

1. Campurkan Soda Bikarbonat dan Asid Citric. Gaul rata dan pastikan tak berketul.

2. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.

3. Gaul lagi sampai anda dapat rupa yang sebegini. Tak berketul dan tak terlalu basah.

4. Masukkan dalam bekas acuan dan biarkan ia selama 4 jam.

5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel.

6. Sekiranya anda hendak menggunakannya, anda hanya perlu mencampakkan saja seketul ke dalam lubang tandas rumah dan masalah selama ini pun sudah selesai. Masalah tandas berkeladak pun serta merta akan hilang. Cubalah.

Perkogsian Puan Suhaili Baharudin ini mungkin boleh dijadikan tip untuk anda di luar sana. Jom kita cuba!

Kredit: Suhaili Baharudin

IKLAN