Laman

Jimat RM 480-500 Hasil Kebun Sekangkang Kera

Share

Jimat RM 480-500 Hasil Kebun Sekangkang Kera Ni. Umum tahu, berkebun bagus untuk kesihatan terutamanya mengurangkan tekanan imosi. Sebab itu, berkebun antara aktiviti yang menjadi popular ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Secara tidak langsung, berkebun juga membantu menjimatkan poket anda. Seperti yang dilakukan oleh Suez Tiez dari Johor.

Sudah setahun kebun ni sejak pindah di rumah ni. Percaya atau tidak dari kebun kecil ini saya berjaya jimat duit sayur saya dalam RM480-RM500 dalam setahun ini! Saya pemakan sayur tegar. Setiap kali makan mesti ada sayur. Seminggu perbelanjaan sayur saya seorang RM10. Sebulan RM40-RM50. Ini baru saya seorang bayangkan kalau keluarga besar berapa banyak boleh jimat

Baca Juga : 10 Tip WAJIB Tahu Untuk Yang Baru Nak Mula Bina ‘Kitchen Garden’

Yang follow perkembangan kebun mini dan raised bed saya mesti tahu bagaimana rupa awal depan rumah sebelum saya bertanam sayur di situ. Hanyalah dipenuhi lalang sahaja. Tapi tak sampai seminggu lalang tu hilang dan bertukar jadi taman kebun dikerjakan saya. Selama tempoh setahun pindah di rumah ini terlalu banyak hasil sayuran yang saya tuai.

Dengan perancangan yang baik saya dapat memaksimukan penggunaan ruang yang kecil untuk menghasilkan makanan saya tanpa perlu membazir ruang menanam sejenis sayur dengan banyak dan tidak termakan. Saya tanam apa yang saya makan sahaja dan untuk elakkan bosan makan sejenis sayur saya tanam pelbagai sayuran dengan jumlah secukup yang saya makan dan selepas mengambil kira tempoh tuaiannya.

Selain daripada membekalkan sayuran segar dan sihat ia juga merupakan taman untuk melepaskan lelah selepas seharian bekerja. Kehidupan sosial saya semakin baik di mana saya mendapat lebih ramai rakan-rakan baru dan kualiti pekerjaan saya juga jadi lebih baik sejak berkebun.

Penggunaan ruang semaksima mungkin. Dalam satu raised bed tanam campuran pelbagai sayuran.

Hasil tuaian kobis putih yang lepas.

Hasil tuaian kobis unggu

Selit juga sedikit tanam bunga untuk ekosistem (menarik serangga untuk pendebungaan)

Lobak putih yang comel sudah muncul

Jimat RM 480-500 Hasil Kebun Sekangkang Kera Ni

IKLAN