Jangan Tak ‘Service’ Aircond, Buat Sendiri Dengan 4 Langkah Mudah Ini!

Share

Biasanya bila mahu bersihkan aircond kita akan mengupah orang untuk melakukannya.

Apa yang ramai tak tahu, kita sendiri boleh membersihkannya sendiri dengan mengeluarkan modal yang murah. Ini perkongsian di laman Twitter tentang cara servis aircond sendiri di rumah hanya dengan modah RM25 sahaja.

Ini Perkongsiannya

Harini aku nak share kat korang cara nak servis aircond sendiri kat rumah. Bermodalkan RM25 ringgit jer kompom aircond korang yang kat rumah yang dah tak sejuk tu terus jadi macam baru.

Ada empat step yang mudah.  Step easy

dan mudah jer:

1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Make sure dah tutup switch aircond tau.

2. Spray cleaner ni dalam cooling fins/coils aircond tu.

Beli spray cleaner boleh dibeli di shopee je.

3. Biarkan dalam 10 minit, kotoran tu nanti akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh ke apa dah.

4. Lepas 10 minit pasang balik filter dan cover aircond tu settle.

Mudah sebenarnya, moga tip ini  bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba!

 

Sumber: Twitter @acapyakin

IKLAN