Ini Cara Mudah Untuk Gantung Pinggan Sebagai Hiasan Dinding

Share

Selain menghias dinding dengan bingkai gambar, cara lain untuk mengindahkan nya adalah dengan menggunakan kepingan pinggan yang mempunyai karakter yang tersendiri. Tapi, nak hias dinding dengan pinggan pun perlu menggunakan teknik seperti menggantung bingkai gambar. Bezanya, pinggan tak ada tempat untuk digantung atau pemegang seperti bingkai. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

1. Tetapkan konsep
Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah tetapkan konsep yang bersesuaian dengan deko kediaman anda. Secara tidak langsung, ia menjadi garis panduan untuk anda tentukan reka bentuk pinggan yang akan dipilih. Barulah susunan pinggan pada dinding nampak cun.

2. Kumpulkan semua pinggan
Bila kuantiti pinggan yang diperlukan telah mencukupi, barulah boleh merancang perletakan dan susunan pinggan di dinding.

Tip: tak perlu terburu-buru untuk mengumpul rekabentuk pinggan yang bersesuaian. Ambil masa untuk suai padankan reka bentuk pinggan yang anda ada untuk mendapatkan impak optimum

3. Kenalpasti susunan yang bersesuaian
Pastikan saiz dinding yang akan anda gantungkan pinggan. Bila dah dapat saiz dinding yang hendak disusun, cuba susun pinggan di lantai terlebih dahulu mengikut ruang dinding yang telah dikenalpasti tadi. Jika perlu, gunakan pita pelekat kertas sebagai bingkai untuk memudahkan anda menyusun secara kreatif pinggan di atas lantai. Cuba beberapa kali rombakkan sehingga anda dapat susunan pinggan yang digemari.

4. Tekap saiz pinggan pada kertas
Dah dapat susunan pinggan yang berkenan, tekap setiap pinggan pada kertas dan gunting. Ia bertujuan untuk melihat sama ada susunan di dinding berapadanan mahupun tidak. Di samping itu juga, ia mampu memudahkan tugas-tugas anda untuk menebuk lubang paku atau skru sebagai tempat gantung. Lekatkan potongan kertas tadi apda dinding dengan menggunakan pita pelekat kertas

5. Kenalpasti kaedah menggantung pinggan pada dinding
Terdapat pelbagai alat yang sesuai digunakan untuk menggantung pinggan ke dinding. namun setiap satunya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Berikut antara jenis pemegang pinggan untuk digantung pada dinding.

adjustable plate hanger

Namun kebiasaannya, ramai yang memilih adjustable plate hanger

kerana ia sesuai untuk semua bentuk dan saiz pinggan. Di samping itu juga, ia mudah ditanggalkan jika anda hendak menggunakan pinggan yang telah digantung kelak.

6. Sediakan tempat untuk menggantung 
Apabila pemegang pinggan telah dikenalpasti, barulah anda dapat tentukan jenis penggantung pada dinding yang bersesuaian. Melalui kertas-kertas yang melekat pada dinding mewakili pinggan, tebuk lubang dan sediakan penyangkut yang bersesuaian

Sumber: https://www.drivenbydecor.com

 

 

IKLAN