Idea Kreatif Cikgu Sains Transform Ruang Kosong Bawah Tangga Jadi Secantik Ini

Share

Selalunya di kediaman rumah landed, pasti bahagian bawah tangga menuju ke tingkat atas dibiarkan kosong atau dijadikan tempat stor simpanan barang, tetapi tidak bagi pemilik kediaman jenis Teres 1-Tingkat  di Jeram, Kuala Selangor iaitu Pn Haslina Hassan

yang mahukan rumahnya tampil menarik dengan hiasan dalaman terkini.

‘Memang niat saya dan suami ingin menjadikan ruang bawah tangga lebih bermanfaat kerana ramai orang membiarkan bahagian ini kosong tanpa sebarang kemasan serta mahu ia nampak berbeza daripada rumah orang lain’, ujar Cikgu Haslina yang mengajar subjek Sains di sebuah sekolah kerajaan.

Penulis amat tertarik dengan usaha yang dijalankan oleh pemilik untuk menaiktaraf bahagian bawah tangga rumah untuk menjadi tempat berehat serta sesuai untuk digunakan oleh tetamu yang datang bertandang dan menyukai cetusan idea di kabinet tv rumah ini.

Menurut Pn Haslina, beliau mendapat bantuan daripada kontraktor pertukangan yang dikenali dalam laman sosial instagram untuk merealisasikan idea beliau iaitu mempunyai kabinet yang memukau mata dalam rumah yang berkeluasan 1500 kaki persegi.

“Walaupun menelan belanja yang agak tinggi serta mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan secara berperingkat, kami tetap berasa bangga dan amat berpuas hati dengan pilihan dekor yang kami lakukan dalam rumah ini”, katanya.

 

 

 

IKLAN