Hidupkan Suasana Kediaman dengan Kraftangan Tempatan

Share

Sampai bila kita mahu mencari kediaman tradisi hanya untuk paparan hari raya . Realitinya kediaman tradisi kita semakin tenat dan menunggu masa menyembah bumi. Bagi yang masih punya, ayuh  bermuafakat dengan waris yang ada sama-sama memelihara kediaman yang menjadi lambang keperibadian orang kita.

Orang kata bila memilih kratangan tempatan, rumah kita dah jadi macam resort. Itu tidak benar jika anda bijak menyesuai padan kerana kraf kita bukan sekadar letaknya pada konsep itu sahaja. Sebagai tuan rumah terutama anda yang sangat kreatif dan berjiwa  terbuka dengan idea, tidak salah jika anda menggandingkan barangan tradisi dengan yang kontemporari.

Bagaimana agak caranya? Kita boleh bermain dengan warna. Misalnya anda gemarkan rona pastel, cari sahaja kraf yang mempunyai rona senada dengan konsep kediaman anda. Batik cop rona pastel misalnya begitu juga tudung saji yang kini didatangkan dalam warna yang cukup pelbagai.

Begitu juga anda yang memilih gaya urban atau moden dengan mendaulatkan rona putih dan rona besi tahan karat. Padankan sahaja dengan aksesori rona putih atau barangan tembaga atau perak yang kini didatangkan dengan potongan serba ringkas.

Bahkan tidak menjadi salah jika anda menggunakan kembali material seperti tikar mengkuang, buluh, porcelain , tempayan dan pelbagai lagi dalam rekaan kontempari. Bukan banyak, cukup 1,2 sebagai satu lambing sokongan kita pada hasil khazanah warisan bangsa.

Perliharalah barangan pusaka atau barangan lama biar pun sekadar sebiji kompang yang pernah anda main semasa remaja dahulu. Jika indo China atau oriental boleh memartabatkan aksesori mereka dalam cita rasa sezaman, kita juga mampu melakukan perkara yang sama. Mungkin para pereka professional juga perlu pro aktif dalam mencadangkan idea tata hias seumpama ini di kediaman Malaysia.

IKLAN